Powered By Blogger
RSS
Showing posts with label Mirza. Show all posts
Showing posts with label Mirza. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Mirza - 9 bulan

Pejam celik pejam celik, Mirza dah umur 9 bulan... mmm cepatnya masa berlalu..
Apa yang Mirza dah pandai buat sekarang selain daripada menangis untuk minta didukung, Mirza mummy dah pandai mengesot ( maybe dah tak merangkak), dah pandai dududk dan gigi dah ada dua batang.. mmm, sekarang ni, Mirza mula melakukan aktiviti bangun dan bergantung kat bawah meja, tepi kerusi dan sebagainya.. tapi anak mummy ni ada satu masalah iaitu, kalau dia bangun, tak boleh nak duduk balik.. hahahaha.. mulalah dia menjerit minta sesiapa yang berdekatan untuk dudukkan dia..

Apapun, mummy tak sabar nak tunggu Mira jalan.. 

Sayang adik... ;p



Tuesday, October 4, 2011

Excitednya...

Mummy ecxited hari nie sebab baru perasan, anak mummy Mirza dah tumbuh gigi pertamanya... hehehe, walaupun anak kedua tapi tetap excited, maklumlah Mirza baru nak masuk 9 bulan, Sara dulu umur setahun baru tumbuh gigi.... 
Hai, tak sabar mummy nak tgk Mirza senyum ada gigi.. yelah, kalau sekarang, Mirza senyum macam senyuman atuk ( huhuhu, tak ada gigi kan.. ;p ) tapi, gigi tue tak nampak lagi, nanti mummy snap gambar... 

Gigi Bersih dan Kuat..




Friday, September 30, 2011

Mirza dan lolipop

Selepas ambil Abuya kat Seven Eleven Wakaf Che Yeh, kitaorang singgah kat kedai makan..
Mummy nak share gambar-gambar Mirza dengan lolipop..
Muncung makan lolipop


Best...

Nak ke??
Sara tak ada, kena tinggal kat rumah sebab dah tidur.. ;p
Mummy tak kisah pun Sara atau Mirza nak makan lolipop or gula-gula.. tapi ada sesetengah ibu atau bapa tak benarkan anak-anak mereka makan gula-gula langsung.. Mummy kesian pula kalau tak bagi.. takpelah, tapi makan berpada-pada.. ;p



Saturday, September 24, 2011

Akhirnya... Impian Mummy tercapai....

Em.. apa impian mummy yang tercapai ni?? mmm kalau ada baca coretan mummy minggu lepas, mesti tahu kan? huhuhu... inilah sedutan 'impian' mummy yang tercapai..


 Kaki Mirza kena kambus dengan pasir.. hehehe


Mula-mula Mirza tu nangis tapi last sekali....
Hahaha.. sebenarnya Mirza memang takut sangat-sangat dengan air laut tapi terima kasih buat Mat Yan sebab berusaha memberi 'keyakinan' buat Mirza...
Sambil meniarap tue, berapa banyak tah pasir yang Mirza dah masuk mulut.. mummy tak perasan.. huhuhu.. sorry yer sayang.. ( sedap ke pasir tue?? )


Sara dengan aksi renang nya..
Em, Maisara pulak bergembira dengan pelampung lengan dia.. 
 siap buat aksi-aksi lagi...

N'way, mummy happy sebab hasrat mummy dah tercapai.. nanti kita datang lagi.. 



Friday, September 23, 2011

Hari minggu...

Hari ni cuti.. yeay.. tapi selalunya tak de nya mummy dapat rehat..  tapi hari ni rasa dapat rehat dan update blog sikit-sikit. Bukan apa, Mirza ada baby sitter hari nie.. Thanx yer Kak Ishmaah sebab jaga Mirza.. Tenang mummy hari ni, kalau tak budak kecil ni sibuk nak tekan keyboard juga ler kerjanya..


Inilah baby sitter Sara n Mirza..
10q Ishmah n Irfan yer..

Hensem tak Mirza Senyum?
Recharge tenaga selepas penat bermain dan sesudah mandi bersama Maherah



Tuesday, September 20, 2011

Another step

Hari ni sedang mummy syok mengedit blog dan bermain dengan fesbuk, mummy tertengok anak teruna mummy dah berdiri di tepi kerusi kecil.. eh, ada sesiapa angkat dia ke? Taklah, rupa-rupanya tanggal 19 September 2011, Mirza dah boleh bangun berdiri dengan sendiri.. alhamdulillah, tak sabar nak tunggu Mirza dapat jalan ( penat nak dukung ).
Mummy sempat snap dua tiga gambar Mirza ( tapi yang dah bangun berdiri la )
So sweet dear.. ;p

Lalalala... sempat Mirza ber'posing' maut

Monday, September 19, 2011

Everyday.... Journey 2 remember...

Mmmm.. cerita ni bukan cerita baru pun.. tap mummy still nak cerita..
Setipa hari bekerja, mummy akan bawa putera dan puteri mummy bersama-sama ( except kalau Abuya ada/cuti )...
Banyak betul cabaran drive bersama-sama dengan anak-anak nie.. tapi terpaksa dan dah terbiasa..
kalau Maisara, mummy dah tak heran nak bawa dia... naik kereta, pasang jer cerita Dibo the Gift Dragon atau Barney and Friends, diamlah dia..

yang paling banyak cabaran adalah untuk bawa Mirza.. aduhai, anak teruna mummy ni suka nangis la... bukan sebab sakit or lapar tapi sebab nak beriba.. adus.. letih betul.. mummy buat tak tahu jer ( kejam tak?) tapi tadi, masa dia duk 'nyanyi' lagu dia tue mummy tepuk2 sikit and then ini lah yang berlaku..

Setelah ditepuk2 akhirnya Mirza tertidur..

Akhirnya, Mirza tertidur dan kalau perasan, ada air mata kat tepi mata tanda lepas menangis.. huhuhuhu.. 

Kesian Mirza terpaksa tidur sambil duduk, ( saja mummy nak latih Mirza, bukan apa, kalau jadi doktor nanti time kena on call or busy, duk atas kerusi pun boleh rehat kan.. ;p )
Actually Mirza dah tak nak duduk dalam car seat, sebab tue mummy belikan tempat duduk gantung kat kerusi ni, dapatla dia main2.. ( mummy jual seat tu, kalau nak tengok, klik sini )

Dibo dibo ding..

Barney and friends

Inilah dua cerita yang Sara suka tengok.. sekarang ni, nak dengar radio pun susah.. sampai mummy dan abuya dah dapat hafal dah dialog dua2 cerita nie..  mmm takpalah Sara, asalkan sara duk diam2 dalam kereta sudah.. ;p




Sunday, June 12, 2011

lamanya tak berblog..

em, sedar tak sedar dah dekat sebulan mummy tak update blog nie.. almaklumlah, bila dah start kerja nie, busy jer ( kalau tak busy, wat-wat busy..) 
kali nie pun entry mummy tak panjang.. juz nak kongsi, hari ni anak mummy Mirza dah start makan nestum... 


huhuhu.. makin montellah sayang yer.. 11 hb nie, Mirza baru 5 bulan.. em, mummy dah start bagi nestum sebab kesian tenguk dia, kalau kita makan apa2, mesti tengok tak lepas, macam terliur jer.. 
pasni Mirza nak makan apa pula yer..


Thursday, May 19, 2011

one step ahead

em.. catatan mummy hari ni tentang Mirza... em, sedar tak sedar, anak mummy nie dah 4 bulan lebih dah... em, masih terbayang rasa sakit kat labour room tue.. huhuhu..

Hari ni Mirza dah dapat pegang botol susu sendiri ( walau kekadang tue jatuh juga pastu tak pandai nak angkat ) .


 masa duk relax-relax lepas mandi tadi, Mirza dah boleh meniarap sendiri tanpa bantuan.... AlHamdulillah.. sebelum ni mummy memang dah selalu letak Mirza tidur meniarap..

Hari nie perjalanan pulang kami agak jauh.. bermula dari Machang, kami ke Beris, Bachok, pastu ke USM untuk amik Che Ha yang bertapa di USM, then ke KFC ( isi perut coz tak makan lagi hari nie). sampai rumah dah dekat Maghrib.. Tapi, nasib baik anak-anak mummy nie behave sokmo.. thanx dear..


Saturday, May 7, 2011

Kasih sayang Kakak terhadap Adik

Mummy nak puji sikit puteri Mummy nie, dia pandai sangat melayan adik ( walaupun baru 17 bulan), selalu cakap-cakap ngan Mirza, gelak-gelak tapi kekadang tue ada juga dia jolok mulut, mata adik.. mungkin niat dia baik.. yelah, dia pun kecik lagi.. Em, actually hari-hari mummy tengok Sara ni duk main ngan Mirza masa mummy drive pergi dan balik kerja, cuma tak sempat nak snap gambar.. yelah, tengah drive kan.. kang tak pasal-pasal terbabas pulak.. hari nie mummy sempat snap gambar kenangan kemesraan seorang kakak dan adik tercinta... 





Muka comot makan aiskrim
Pastu hari ni dalam sejarah, first time MIrza merasa makan aiskrim.. mana taknya, kakak dia tolong suapkan.. Sara... Sara... nak kongsi la tue... Apapun niat dia baik kan?? cuma dia tak tahu yang adik dia tue tak leh makan lagi.. huhuhuhu..

Apapun, mummy harap buah hati mummy nie akan sentiasa saling sayang menyayangi antara satu sama lain sampai bila-bila yer.. Nanti dah besar, jangan gaduh-gaduh tau.. InsyaAllah..




Wednesday, April 20, 2011

My Lil' Prince - 3 months

Hari nie, mummy bawa Mirza ke klinik untuk dapatkan suntikan umur 3 bulan.. Actually dah lewat 1 minggu mummy bawa Mirza ke klinik nie... Yelah, mummy kan bercuti kat KL...

Perjalanan ke klinik.. Muka cuak jer takut kena cucuk..

Berat : 6.1 kg ( +0.9 kg from last month)
Panjang : 60 cm ( + 2 cm )
Aktiviti : Aktif
Em, memang anak mummy ni aktif juga..

Mirza jangan demam yer, mummy dah letak ubat gigi kat tempat kena inject ( petua orang-orang tua.. ikut je lah..)

Hencem tak putera mummy nie..




Wednesday, April 6, 2011

Apa ada pada 11111??

Kali nie mummy nak kongsi satu benda...
Rasanya belum terlambat lagi nak berkongsi informasi menarik nie...


Mari sama-sama kita baca....

Tahun nie kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11 serta bukan itu saja. cuba korang ambil tahun kita dilahirkan ( hanya dua nombor akhir) dan tambah dengan umur kita pada tahun nie, keputusannya ialah 111 buat semua orang ( except yang lahir tahun millenium jadi 11 jer).. cuba buat kalau tak percaya... betul kan??


Kalau ada informasi lain, bolehlah kongsi ngan mummy yer..

p/s: Mirza Hazim lahir 11.1.11  ;p



Sunday, April 3, 2011

Cuti-cuti Malaysia (part 2)

Mummy n family jalan-jalan lagi... cuti-cuti Malaysia... em, hari nie kami decide nak balik KL lalu Kuantan pulak.. memanglah lagi jauh tapi sambil jalan-jalan... tak tahu bila dah Mummy nak dapat cuti panjang nie...

Sampai Kuantan, kami berehat kat rumah mak sedara kat Kota Damansara... em, Kuantan pun ada Damansara juga...

Pastu cam lama dah tak jumpa kawan mummy yang sorang nie.. Nurul Aziyana, dia nie blogger tegar jugak.. hehehe... so , mummy pergi la terjah rumah dia jap sambil nak tengok anak dia.. (tak sempat nak tengok hari tue, tup-tup dah 5 bulan dah si Husna nie...

Pandai si Husna nie posing... maklumlah, ibunya suka mengambil gambar... Mirza  n Husna macam sama besar jer... ;p

Kak sara pun nak join ambil gambar sama... ;p





See you next time Husna.. Sorry yer Mc Na, aku terjah jer umah mung hari tue... next time nak suh mung masok plop lah.. hehehehe...


Saturday, March 26, 2011

Alamak....

Apasal mummy nie... alamak-alamak pulak... bukan apa... semalam mummy ronda-ronda satu pasarraya nie.. ronda-ronda tue berkenan la nak beli baju untuk putera puteri mummy...

tak de hallah... mummy belikan Sara baju minnie mouse n untuk Mirza, baby kiko.. Balik rumah, ingat nak bergaya lah... tapi cuba lihat gambar kat bawah...



Nampak tak ada tag kat baju tue... mummy tak curi tau, ada resit lagi...


Alahai,  macammana la Mirza nak pakai dan macammana la jurujual tue tak perasaan n buangkan... huhuhuhu... kesian anak mummy tak dapat la nak melaram dengan baju tue lagi.... kak Sara je lah yang dapat pakai baju baru.. nampak gaya, mummy kena pergi balik la kat pasaraya tue nak suh dia buangkan benda alah nie... Adus...... Boleh jalan-jalan lagi...





Monday, March 21, 2011

First time...

Hari nie mummy bawa satu family g kl naik flight... em, ada kursus sebanarnya sambil jalan-jalan kat kl...
entri kali nie, mummy nak citer pasal first time.. ape yer..

FIRST TIME:
*  Mummy n Sara nak gi Kuala Lumpur tahun 2011
*  Mirza Hazim keluar Kelantan.
*  Maisara n Mirza naik kapal terbang ( + first time juga buat Cu NaNa)
*  Mummy nak attend kursus kat iLQAM- UiTM Shah Alam

Mummy agak risau juga mula-mula tue takut Mirza menangis masa naik kapal terbang tapi sebaliknya Sara yang buat hal.. Maklumlah dah pukul 11++ tengah malam... dah mengantuk... Boleh dia menangis atas fligt, iskh, buat bising jer.. huhuhu... Mirza steady jer, tak bunyi suara pun sampai KL... apapun, AlHamdulillah, Kami semua selamat sampai di ibu kota...

Mari kita lihat gelagat Sara masa kat lapangan terbang Sultan Ismail, KB yang sempat mummy snap..



Perjalanan ke airport




Sara di kerusi urut sambil menunggu penerbangan


Sempat lagi Sara merangkak di airport.. nak tunjuk skill ke ape??



LUV,






Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds