RSS

Friday, April 29, 2011

Cinta Buat Ibuku | iluvislam.com + discover the beauty of islam

perkongsian bersama sempena Hari Ibu yang bakal menjelma... untuk ibu yang tercinta...




Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempuh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu,
Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cuma seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini...

Hari ibu...

Sempena Hari Ibu yang bakal menjelma nie.. mummy nak ajak korang untuk join contest nie.. jom ramai-ramai..

juz klik..

sesuai untuk semua golongan yer..


Thursday, April 28, 2011

Kerja... Cuti..

Bestnyer cuti 3 hari nie... hehehehe  cam la dah lama atk cuti... ni kes cuti lama lah malas nak gi kerja nie...
walaupun cuti, still byk kerja yang perlu disiapkan... Ada tak kerja ang tak yah buat kerja tapi duit masuk?? (tak nama kerja pula kan!!!)  tapi tak nak la gaji buta...

Apapun bagi mummy, mummy kerja untuk hidup bukan hidup untuk kerja.... we must enjoy our life!!!
k lah, rasa nak gi berjalan sempena Cuti Buruh nie.. (opsss rasa cam pekerja buruh binaan pula... hehehehe..)


Wednesday, April 27, 2011

AWAS.. Kaum Hawa di luar sana...

MasyaAllah... Terkejut mummy baca Harian Metro online ni... Minta jauhla benda-benda macam nie..

Ya Allah, jauhkanlah aku, keluargaku dan saudaraku dari bencana Mu..

Mari kita baca dan ambil perhatian.... (petikan dari Harian Metro Online)



KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit. 


Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.


Monday, April 25, 2011

Perkongsian bersama

Hari ni mummy nak kongsi dengan para ibu dan bapa yang membaca... harap dapat dimanfaatkan bersama...

UNTUK YANG TERSAYANG ( ANAK, SUAMI ATAU ISTERI )

1. Semasa anak, isteri atau suami kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.




Saturday, April 23, 2011

Alat penghalau tikus n sepupu sepapat dia

Hari ni mummy nak kongsi sikit.. Tadi masa tengah pakaikan baju Mirza n Sara, sempatlah buka TV9, tengok Nasi Lemak Kopi O, segmen teknologi...

Ada tips yang dia kasi untuk menghalau tikus.. pengacara tue cakap, orang tua-tua tak bagi kita sebut panggil 'tikus' tapi dengan nama 'cik T', reason dia, kalau panggil tikus, nanti tikus tue datang, tak tahulah signifikannya kat mana... tapi mummy pun diajar untuk panggil cenggitu..

Pastu dalam segmen teknologi tue, ada la dia tunjuk alat yang lebih kurang alat penghalau nyamuk. kita plug in je dekat plug elektrik dan ia akan mengeluarkan frekuensi 20000 hz yang dapat menghalau tikus, labah-labah, lipas mahupun semut... dan ia tidak membahayakan pendengaran manusia...menarik kan?? boleh la cuba... boleh check kat kedai 1Malaysia nama dia..



em, bagus juga teknologi nie, mummy paling suka bab boleh halau lipas n semut... kalau semut 'mayat' tue, masyaAllah, geram betul, dah la kecil, busuk pulak tue, ada jer kat mana-mana... 





Friday, April 22, 2011

ke Airport

Hari ni Abuya Sara n Mirza balik.. Mummy bawa sara gi airport ambil abuya.. Mirza sayang duk kat rumah yer.. ;p


Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa

Hubby mummy balik ngan kapal terbang bukan apa.. tiket Air Asia murah la.... Teka berpa..
*
*
*
*
*
*
*
Hanya RM 30 pergi dan balik... berbaloi-baloi... betul tak..

So, kalau korang ada perancangan nak ke mana-mana, rancanglah awal-awal dan bolehlah tempah tiket tue awal...



Thursday, April 21, 2011

Jaga Exam..

Sekarang nie dah minggu exam... untuk student-student semua, mummy ucapkan Good Luck yer...
Hari ni mummy kena jaga exam.. nasib baik 2 jam jer..


p/s: tak lupa kepada blogger saya_arief n hamizah.. gud luck yer dear..




Wednesday, April 20, 2011

My Lil' Prince - 3 months

Hari nie, mummy bawa Mirza ke klinik untuk dapatkan suntikan umur 3 bulan.. Actually dah lewat 1 minggu mummy bawa Mirza ke klinik nie... Yelah, mummy kan bercuti kat KL...

Perjalanan ke klinik.. Muka cuak jer takut kena cucuk..

Berat : 6.1 kg ( +0.9 kg from last month)
Panjang : 60 cm ( + 2 cm )
Aktiviti : Aktif
Em, memang anak mummy ni aktif juga..

Mirza jangan demam yer, mummy dah letak ubat gigi kat tempat kena inject ( petua orang-orang tua.. ikut je lah..)

Hencem tak putera mummy nie..




Tuesday, April 19, 2011

Makan-makan...

Kalau u all perasan cerita mummy mesti makan-makan, kalau tak makan, gi jalan-jalan... Makan best aper.. tul tak???

Kali nie mummy nak cerita pasal office mate yang buat makan-makan.. Siapalah lagi kalau bukan Fefah n G-ma, diorang nie memang suka masak n buat makan-makan kat ofis... hai, rajin betul anak-anak dara nie.. mummy nie jer yang malas nak memasak lagi.. hahahaha...

Actually, mummy dah lama nak makan bihun cina/singapore ( warna putih + lada hitam ) yang Fefah buat, masa pregnant hari tu lagi, tapi dia tak sempat buat, so, kali ni, mummy pulub la habis-habisan... Air lada + kicap yang memang menawan kalbu.. Selain dari menu bihun tue, banyak lagi diaorang buat, sorang bawa sikit ( mummy jer yang tak bawa.. next time year dear).. happenning betul..

Nilah juadah nyer,,, nak tambah lagi tue...

eh..eh.. botol keropok dah hilang?? ada la yang merembat tue..

Ni la anak-anak dara yang rajin buat makan kat ofis mummy.. suamua 'single' tapi dah ada yang tak 'available'..

Ni pun geng makan, diaorang nia ada pantang tau.. nak tau pantang apa??  Pantang ajak makan, sekejap jer muncul kat depan pintu.. Ahaks...

I pun nak masuk pic gak.. hehehehe..
Nway, mummy kenyang sangat hari tue.. terima kasih daun keladi yer, nanti jangan lupa jemput lagi...

thanx to all of you....



Monday, April 18, 2011

First time (part 2)

Kali ni first time yang mummy nak cerita adalah first time Mirza duk rumah Tok Ma (pengasuh Sara n Mirza) kat Machang...


Ni la rupanya Mirza duk dalam car seat dia ( bukan yang baru pun, yang Sara punya dulu..).... Nasib baik anak mummy ni nama Mirza (anak yang baik), memang baik betullah, even perjalanan almost 45 minit...

Kakak Sara duk tengah-tengah sambil cakap-cakap ngan adik... be good girl yer sayang, mummy nak drive nie..
Sebenarnya minggu nie minggu percubaan untuk mummy drive bersama dengan putera puteri mummy dari Pasir Mas ke Machang (about an hour)... Hehehe... alHamdulillah, anak-anak mummy macam faham jer mummy kena drive, diaorang duk diam jer... cuma masa Mirza nak tdo tue, kena la tepuk-tepuk dulu sikit before dia tidur.. nasib baik kereta auto, kalau manual, tak tukar gear dah nie..

Sampai rumah Tok Ma, mau menangis si Sara masa mummy tinggalkan dia, yelah dah hampir 6 bulan tak berenggang ngan mummy, tapi sekejap jer dia nangis, tak nampak bayang mummy, senyaplah dia.. Si Mirza relaks jer, control macho.. hahaha.. yelah, dia tak faham apa-apa lagi, ikut jer apa orang buat.. ;p

Bermulalah kehidupan mummy macam dulu... Ya Allah, moga aku akan terus tabah menghadapi hari-hari mendatang.. amin..








Sunday, April 17, 2011

Family Day FSKM

Em, dah lama tak update nie... tp rasanya tak terlambat untuk mummy cerita pasal family day fakulti mummy - FSKM.. 15 - 16 April 2011.

Turun jer dari Cameron Highland hari Jumaat tue, mummy n family terus menujuke PCB atau lebih tepat lagi Perdana Resort PCB... Walaupun agak penat, kami satu family datang juga untuk join family day nie, maklumlah ni first time kami buat family day fakulti... bagi sokonganlah katakan...

Sampai pun dah dekat pukul 6 petang, lepas check in terus mummy bersiap untuk bawa Sara mandi kolam.. Em, excited tengok dia berenang..

Malam tue, cam biasa la ada dinner, boleh tahan la makanan dia.. Sambil-sambil tue ada sessi nyanyian... em,'big boss' nyanyi malam tue... Cayalah.... Mummy tukang tengok jer...


Pagi esoknya, ada acara main-main... tapi mummy tak join la, coz Mirza n Sara kan kecil lagi.. lagipun panas sikit cuaca kat pantai nie.. apapun, mummy tetap turun bagi sokongan kat kawan-kawan...


Tengok seluar Mirza tue, longgar lagi.. yelah, budak baru 3 bulan tapi mummy dia pakaikan baju macam budak besar.. Tapi, takpe.. mummy suka....
Kawan mummy, Laila yang pakai jersi negara satu family tue ( semangat tul ), menang besar tau.. La, tak sia-sia pakai baju tue.. bawa tuah nampaknya..

nway, untuk penganjuran yang julung kali nie, mummy anggap ia berjaya la.. thanx kepada semua AJK yang bertungkuslumus.. nanti next year kita buat lagi yer.. kali nie, mummy pun nak join main sama juga.. em, Sara n Mirza pun dah besar, boleh join juga kan??

Saturday, April 16, 2011

Hari Baru...

Em, esok mummy dah nak start kerja... Alahai, malas betul nak kerja lepas cuti 90 hari nie... ( actually lebih 90 hari )... Maklumlah, lama cuti nie, tak tahu nak ambil mood kat mana... em, Mirza n Sara kena duk rumah la esok.. Abuya jaga....






Nampaknya kena start azam baru la ni... huhuhuhu..



Jom kerja...
mesti mau rajin la...



Thursday, April 14, 2011

Akhirnya...

Em, weekend nie, mummy naik Cameron Highland... on  the way nak balik Kelate (setelah sebulan bertapa di KL). Kali ni mummy try lalu jalan baru ke Cameron Highland.. Kalau korang nak tahu, lalu ikut Sungai Koyan pastu sampai Ringlet... Akhirnya ada juga jalan untuk ke Cameron melalui negeri Pahang.. yelah, sebelum nie kan, kena naik ikut Tapah, Perak, pastu jalan Lojing Gua Musang, Kelantan... Akhirnya, ada juga jalan dari negeri Pahang sendiri..

Saja jer mummy gi sana, jalan-jalan la katakan... tapi mummy pergi Khamis malam, so tak ada pasar malam lah... esoklah, baru boleh pergi beli sayur sikit-sikit... biasanya 10 - 13 bungkus di jual RM10, boleh bagi kat 'orang kampung' ahaks...

terliur pulak jagung... jagung-jagung kat sini manis tau, jagung madu.. orang kata boleh banyakkan air susu... maklumlah, mummy sekarang duk breastfeed Mirza.. elok sangat lah tue.. em, rasa laparlah pula, mummy chow dulu... nak g makan pulak... 

Kalau korang nak cek tempat holiday menarik dan nak dapat hadiah klik sini..

I love holidays. Who doesn't? My 2011's travel hot spots would be Christchurch. Wanna come?



Wednesday, April 13, 2011

Jom join Nestle check mood si manja...

Mood Sara sweetheart hari nie... jom check sama-sama kat sini..


Tuesday, April 12, 2011

Makan Lagi...

em.. yummy
Cuba teka, kali ni mummy n family kat mana...
ya... kat mana lagi kalu bukan kat The Chicken Rice Shop...
jom usha gambar cikit...


Sara pun dah pandai guna sudu n garfu


kerja Mirza tidur njer.. em, senang mummy nak makan.. hehehe


Mirza mamam dulu b4 orang lain makan...





Monday, April 11, 2011

jalan-jalan lagi?? bersama Air Asia

Lepas ronda-ronda test drive kete, jom ikut mummy, kita g jalanjalan pula... check it out here..


Yeay... jom ramai-ramai ke Gold coast

Nak memandu bersama Exora???

Siapa-siapa yang nak test drive Exora, boleh join mummy dengan klik di sini..


Thanx to Proton!!! Proton menganjurkan Exora  VIP Test Drive Session bermula 23 April ini dan kawan-kawan semua dijemput sama.. boleh register di sini.  Kawan-kawan juga berpeluang untuk mendapat tips-tips bajet, sessi Spa dan juga hadiah wang tunai RM6k!!!!


So, jangan lepaskan peluang nie... jumpa mummy kat sana!!!


Ingat Exora, ingat SPACE (Safety, Performance, Advanced Styling, Comfort)





Sunday, April 10, 2011

Anak yang Pintar..

Em, hari minggu ni sedang mummy rehat-rehat, Sara buat sesuatu yang mengagumkan mummy... Ape yer??

Jeng... jeng...jeng...

*
*
*
*
*
*
Sara pegang apa tue???

Cuba teka... Haahahahaha...

Yeah... Sara pegang penyapu sebenarnya...

Rajin anak mummy nie... harap-harap rajin sampai ke besar yer sayang...
Tetiba mummy tersedar, diam tak diam, anak mummy semakin besar dan mummy pun semakin 'tua'.. (iskh tua dari umur jer... ahaks..) cukup ke ilmu di dada ni untuk membantu anak-anak mummy membesar dengan sempurna?? Mummy ada juga baca cerita mamaqari dan teringin juga nak beli buku yang mamaqari baca tue, tentang jaga anak-anak.. (em, tapi tak terbeli lagi sampai sekarang!!!)

Lepas tue, google punya google, mummy terjumpa artikel ni yang diambil di anakku soleh.. bolehla kita kongsi bersama..

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam
pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak… satu lagi, jangan marah anak-anak depan orang lain ( orang luar seperti jiran, sedara mara etc) kerana ini akan menjadikan anak-anak malu dan kecewa...

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan – Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi… kalau kita tepuk tangan setelah dia melakukan sesuatu juga dianggap sebagai ganjaran untuk diri anak-anak...

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan – mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan
keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh – Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka. Biarlah penat atau letih macammana sekali pun, itulah permata hati anugerah Illahi yang tak ternilai harganya..

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Ini akan membantu perkembangan otak mereka.. Layanlah selagi termampu.. Kalau boleh jangan marah dan suruh budak tue diam sebab banyak cakap.. Sebenarnya itu tanda otak anak-anak kita tengah bekerja dan berfikir.. biarkan mereka meneroka.. Em, kalau anak-anak kita pandai mereka cerita ( janganla loyar buruk pulak, kadang-kadang bolehla..) itu pun boleh meningkatkan daya kreativiti mereka...

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Jangan mengeluh, Jangan marah sbb kalau marah nnt terbantutla proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg. Sebelum Sara betul-betul lena, mummy selalu bisikkan supaya dia jadi anak yang baik dan soleh.. Amin.. Sebab waktu ini minda bawah sedar yang sedang bekerja, maka bisikan tadi akan terus masuk ke jiwa anak-anak..

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau
kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

Harap-harap entri ini dapat bantu mummy dan kawan-kawan yang lain dalam mendidik anak-anak kita di zaman yang serba mencabar nie.. Amin...


Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds