Powered By Blogger
RSS
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Jalan-jalan

Hari ni tak tahu nak ke mana.. Em, sempena gaji dah masuk nie, mummy n family pergi la shopping kat TESCO,
bukan nak cari apa pun, cuma nak cari lampin, susu dan sedikit makanan.. 
Punyalah excited mummy n abuya nak beli Drypers harga RM 32.90, tengok-tengok dah habis.. huhuhu.. memang masa dekat parking tadi kami dah tengok sorang ni duk menyorong 2 biji troli penuh dengan Drypers, rasanya dia nak balik jual la tue.. adus, itu yang kami nampak, yang sebelum2 nie??? kesian la kami yang duk menunggu time sale jer nak beli pampers.. patut lah kebanyakan supermarket akan menghadkan belian kalau barang tue ada promosi, untuk mengelakkan orang macam ni ambil kesempatan la...
Apapun dah nama masuk supermarket, paling lekeh mesti habis RM100, betul tak.. Em, melayang lagi duit.. ( ni yang malas nak masuk supermarket nie)..
Tapi sebelum balik, sempat lagi Sara n Mirza main2 dulu... ;p

Seronok yer main..





Thursday, April 14, 2011

Akhirnya...

Em, weekend nie, mummy naik Cameron Highland... on  the way nak balik Kelate (setelah sebulan bertapa di KL). Kali ni mummy try lalu jalan baru ke Cameron Highland.. Kalau korang nak tahu, lalu ikut Sungai Koyan pastu sampai Ringlet... Akhirnya ada juga jalan untuk ke Cameron melalui negeri Pahang.. yelah, sebelum nie kan, kena naik ikut Tapah, Perak, pastu jalan Lojing Gua Musang, Kelantan... Akhirnya, ada juga jalan dari negeri Pahang sendiri..

Saja jer mummy gi sana, jalan-jalan la katakan... tapi mummy pergi Khamis malam, so tak ada pasar malam lah... esoklah, baru boleh pergi beli sayur sikit-sikit... biasanya 10 - 13 bungkus di jual RM10, boleh bagi kat 'orang kampung' ahaks...

terliur pulak jagung... jagung-jagung kat sini manis tau, jagung madu.. orang kata boleh banyakkan air susu... maklumlah, mummy sekarang duk breastfeed Mirza.. elok sangat lah tue.. em, rasa laparlah pula, mummy chow dulu... nak g makan pulak... 

Kalau korang nak cek tempat holiday menarik dan nak dapat hadiah klik sini..

I love holidays. Who doesn't? My 2011's travel hot spots would be Christchurch. Wanna come?



Monday, April 11, 2011

jalan-jalan lagi?? bersama Air Asia

Lepas ronda-ronda test drive kete, jom ikut mummy, kita g jalanjalan pula... check it out here..


Yeay... jom ramai-ramai ke Gold coast

Tuesday, April 5, 2011

Riang Ria di Dataran Merdeka

Hari nie seharian mummy dan anak-anak duk kat rumah... tengok tv dan duk layan budak-budak nie jer...

Malam, lepas pergi makan Abuya Sara bawa pergi Dataran Merdeka.. ingat zaman study dulu, sokmo mai makan kat sini.. hehehehe..

Sara apa lagi, gembira sakan la duk main tengah padang yang teramat luas tue.. sampai tak terkejar... Abuya sempat belikan mainan untuk Sara juga... ;p


 Sara main sampai keletihan....
Tangga yang Sara paling minat.. huhuhu.. tak larat mummy nak kejar sara... aktif betul budak ni sorang.. tue belum Mirza boleh jalan lagi.... Alahai, anak-anak mummy...







Tuesday, March 29, 2011

Hutan Lipur Lentang

Jom kita tengok Sara main air kat Hutan Lipur Lentang lepas cuti-cuti di Genting..


Mummy n Mirza tengok jer Sara dan Abuya main air.. Nanti Mirza dah besar, boleh main sama yer...

Monday, March 28, 2011

Kes Tak puas hati...

Bukan tak puas hati apa... hari tue, mummy n family ada pergi ke Genting Highlands, tapi kejap jer... ni kes tak puas hati, hujung minggu lepas, kami pergi sekali lagi ke Genting... kali nie kami bermalam kat sana,  dah siap-siap booking online...nak merasa duduk tempat sejuk... Mummy pun nak test Mirza tahan tak duk tempat sejuk.....Sara dah lulus ujian dah.. hehehehe...





boleh tahan anak-anak mummy dengan cuaca sejuk nie..





Sampai kat sana, ramai gler orang.. mujur dah online siap-siap bilik hotel, lagi murah dari walk-in... Kami check in kat Hotel Theme Park, Nasib kami baik dapat bilik yang menghadap Taman Tema.. dapat la tgk orang main walau sendiri takut nak main... eeee, mummy dah taubat tak nak naik solero yang tinggi tue.. ya Allah, macam tercabut jantung naik benda alah tue... biarlah, mummy dah tak nak naik lagi, tapi kalau anak-anak mummy nak main, mummy tak kisah... ;p




 view dari bilik hotel..

Pastu ingat nak naik kereta kabel turun kat Awana.. tapi orang ramai gler... beratur pun dah habis masa.. takpelah, next time lagipun hari tu dah naik kereta kabel cuma tak feel sangat sebab dah nak malam...




Dalam almari pun Sara boleh buat tempat tdo dia...





Em, next week ingat nak jalan kat Johor, last mummy pergi Johor masa kecil-kecil dulu... kat mana tempat menarik kat Johor yer???





Saturday, March 26, 2011

Alamak....

Apasal mummy nie... alamak-alamak pulak... bukan apa... semalam mummy ronda-ronda satu pasarraya nie.. ronda-ronda tue berkenan la nak beli baju untuk putera puteri mummy...

tak de hallah... mummy belikan Sara baju minnie mouse n untuk Mirza, baby kiko.. Balik rumah, ingat nak bergaya lah... tapi cuba lihat gambar kat bawah...



Nampak tak ada tag kat baju tue... mummy tak curi tau, ada resit lagi...


Alahai,  macammana la Mirza nak pakai dan macammana la jurujual tue tak perasaan n buangkan... huhuhuhu... kesian anak mummy tak dapat la nak melaram dengan baju tue lagi.... kak Sara je lah yang dapat pakai baju baru.. nampak gaya, mummy kena pergi balik la kat pasaraya tue nak suh dia buangkan benda alah nie... Adus...... Boleh jalan-jalan lagi...





Monday, March 21, 2011

First time...

Hari nie mummy bawa satu family g kl naik flight... em, ada kursus sebanarnya sambil jalan-jalan kat kl...
entri kali nie, mummy nak citer pasal first time.. ape yer..

FIRST TIME:
*  Mummy n Sara nak gi Kuala Lumpur tahun 2011
*  Mirza Hazim keluar Kelantan.
*  Maisara n Mirza naik kapal terbang ( + first time juga buat Cu NaNa)
*  Mummy nak attend kursus kat iLQAM- UiTM Shah Alam

Mummy agak risau juga mula-mula tue takut Mirza menangis masa naik kapal terbang tapi sebaliknya Sara yang buat hal.. Maklumlah dah pukul 11++ tengah malam... dah mengantuk... Boleh dia menangis atas fligt, iskh, buat bising jer.. huhuhu... Mirza steady jer, tak bunyi suara pun sampai KL... apapun, AlHamdulillah, Kami semua selamat sampai di ibu kota...

Mari kita lihat gelagat Sara masa kat lapangan terbang Sultan Ismail, KB yang sempat mummy snap..



Perjalanan ke airport




Sara di kerusi urut sambil menunggu penerbangan


Sempat lagi Sara merangkak di airport.. nak tunjuk skill ke ape??



LUV,






Sunday, March 20, 2011

Jalan-jalan lagi.. bersama Air Asia

Em, tahun nie mummy tak jejakkan kaki lagi ke Kuala Lumpur.... hehehe... esok mummy nak gi KL, bawa Sara n Mirza.... Dapatla gi jalan-jalan lagi... Hoooray...

Anak-anak mummy sayang dapat naik flight la esok... Kami naik Air Asia...



Nanti bolehlah mummy g 'window shopping' kat



mid valley : dah lama tak pergi.. time belajar kat UM dulu, nie lah salah satu tempat 'bercinta'... hahaha..




ikea : tempat cuci mata tgk furniture n design best-best.. pastu berangan ada rumah cam gitu... ahaks..






Sogo : usha baju kat cni best gak...

Em, dapat 'window shopping' pun jadilah..


Sebenarnya mummy ada kurus kat iLQAM UiTM Shah Alam.. hehehe... Selamat berkursus kepada diriku..




Friday, March 18, 2011

Jom Bersantai ngan Mummy...


Petang-petang cam gnie best gak bersantai kat pantai ngan family... So, Mummy n family pergi bersantai kat Pantai Irama, Bachok sambil bawa jalan-jalan anak buah... Fuuhhh... ramai betul orang cuti-cuti sekolah nie, sampai bersesak-sesak jalan...

ni mummy ada ambil gambar Maisara n Mirza untuk kenang-kenangan..












Nanti gi jalan-jalan tempat lain pulak..




Thursday, March 17, 2011

Breakfast @McD

hari nie Mummy n family g breakfast kat McD Wakaf Che Yeh... semangat pergi pagi-pagi nie bukan aper... dapat kupon free... dari Harian Metro.. ada 2 kupon free untuk breakfast... apalagi, makanan free, mana boleh tolak, tul tak...



Yummy....


sambil tunggu abuya beli makanan, Sara sempat g main gelongsor kat tempat permainan... seronok betul dia main....




main-main tangga lak..







 Naik elok-elok yer sayang...

 Jom balik, next time kita datang lagi yer.....












Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds