Powered By Blogger
RSS
Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Hari minggu...

Hari ni cuti.. yeay.. tapi selalunya tak de nya mummy dapat rehat..  tapi hari ni rasa dapat rehat dan update blog sikit-sikit. Bukan apa, Mirza ada baby sitter hari nie.. Thanx yer Kak Ishmaah sebab jaga Mirza.. Tenang mummy hari ni, kalau tak budak kecil ni sibuk nak tekan keyboard juga ler kerjanya..


Inilah baby sitter Sara n Mirza..
10q Ishmah n Irfan yer..

Hensem tak Mirza Senyum?
Recharge tenaga selepas penat bermain dan sesudah mandi bersama Maherah



Thursday, April 28, 2011

Kerja... Cuti..

Bestnyer cuti 3 hari nie... hehehehe  cam la dah lama atk cuti... ni kes cuti lama lah malas nak gi kerja nie...
walaupun cuti, still byk kerja yang perlu disiapkan... Ada tak kerja ang tak yah buat kerja tapi duit masuk?? (tak nama kerja pula kan!!!)  tapi tak nak la gaji buta...

Apapun bagi mummy, mummy kerja untuk hidup bukan hidup untuk kerja.... we must enjoy our life!!!
k lah, rasa nak gi berjalan sempena Cuti Buruh nie.. (opsss rasa cam pekerja buruh binaan pula... hehehehe..)


Sunday, April 17, 2011

Family Day FSKM

Em, dah lama tak update nie... tp rasanya tak terlambat untuk mummy cerita pasal family day fakulti mummy - FSKM.. 15 - 16 April 2011.

Turun jer dari Cameron Highland hari Jumaat tue, mummy n family terus menujuke PCB atau lebih tepat lagi Perdana Resort PCB... Walaupun agak penat, kami satu family datang juga untuk join family day nie, maklumlah ni first time kami buat family day fakulti... bagi sokonganlah katakan...

Sampai pun dah dekat pukul 6 petang, lepas check in terus mummy bersiap untuk bawa Sara mandi kolam.. Em, excited tengok dia berenang..

Malam tue, cam biasa la ada dinner, boleh tahan la makanan dia.. Sambil-sambil tue ada sessi nyanyian... em,'big boss' nyanyi malam tue... Cayalah.... Mummy tukang tengok jer...


Pagi esoknya, ada acara main-main... tapi mummy tak join la, coz Mirza n Sara kan kecil lagi.. lagipun panas sikit cuaca kat pantai nie.. apapun, mummy tetap turun bagi sokongan kat kawan-kawan...


Tengok seluar Mirza tue, longgar lagi.. yelah, budak baru 3 bulan tapi mummy dia pakaikan baju macam budak besar.. Tapi, takpe.. mummy suka....
Kawan mummy, Laila yang pakai jersi negara satu family tue ( semangat tul ), menang besar tau.. La, tak sia-sia pakai baju tue.. bawa tuah nampaknya..

nway, untuk penganjuran yang julung kali nie, mummy anggap ia berjaya la.. thanx kepada semua AJK yang bertungkuslumus.. nanti next year kita buat lagi yer.. kali nie, mummy pun nak join main sama juga.. em, Sara n Mirza pun dah besar, boleh join juga kan??

Saturday, April 16, 2011

Hari Baru...

Em, esok mummy dah nak start kerja... Alahai, malas betul nak kerja lepas cuti 90 hari nie... ( actually lebih 90 hari )... Maklumlah, lama cuti nie, tak tahu nak ambil mood kat mana... em, Mirza n Sara kena duk rumah la esok.. Abuya jaga....






Nampaknya kena start azam baru la ni... huhuhuhu..



Jom kerja...
. 
mesti mau rajin la...



Thursday, April 14, 2011

Akhirnya...

Em, weekend nie, mummy naik Cameron Highland... on  the way nak balik Kelate (setelah sebulan bertapa di KL). Kali ni mummy try lalu jalan baru ke Cameron Highland.. Kalau korang nak tahu, lalu ikut Sungai Koyan pastu sampai Ringlet... Akhirnya ada juga jalan untuk ke Cameron melalui negeri Pahang.. yelah, sebelum nie kan, kena naik ikut Tapah, Perak, pastu jalan Lojing Gua Musang, Kelantan... Akhirnya, ada juga jalan dari negeri Pahang sendiri..

Saja jer mummy gi sana, jalan-jalan la katakan... tapi mummy pergi Khamis malam, so tak ada pasar malam lah... esoklah, baru boleh pergi beli sayur sikit-sikit... biasanya 10 - 13 bungkus di jual RM10, boleh bagi kat 'orang kampung' ahaks...

terliur pulak jagung... jagung-jagung kat sini manis tau, jagung madu.. orang kata boleh banyakkan air susu... maklumlah, mummy sekarang duk breastfeed Mirza.. elok sangat lah tue.. em, rasa laparlah pula, mummy chow dulu... nak g makan pulak... 

Kalau korang nak cek tempat holiday menarik dan nak dapat hadiah klik sini..

I love holidays. Who doesn't? My 2011's travel hot spots would be Christchurch. Wanna come?



Sunday, April 3, 2011

Cuti-cuti Malaysia (part 2)

Mummy n family jalan-jalan lagi... cuti-cuti Malaysia... em, hari nie kami decide nak balik KL lalu Kuantan pulak.. memanglah lagi jauh tapi sambil jalan-jalan... tak tahu bila dah Mummy nak dapat cuti panjang nie...

Sampai Kuantan, kami berehat kat rumah mak sedara kat Kota Damansara... em, Kuantan pun ada Damansara juga...

Pastu cam lama dah tak jumpa kawan mummy yang sorang nie.. Nurul Aziyana, dia nie blogger tegar jugak.. hehehe... so , mummy pergi la terjah rumah dia jap sambil nak tengok anak dia.. (tak sempat nak tengok hari tue, tup-tup dah 5 bulan dah si Husna nie...

Pandai si Husna nie posing... maklumlah, ibunya suka mengambil gambar... Mirza  n Husna macam sama besar jer... ;p

Kak sara pun nak join ambil gambar sama... ;p





See you next time Husna.. Sorry yer Mc Na, aku terjah jer umah mung hari tue... next time nak suh mung masok plop lah.. hehehehe...


Saturday, April 2, 2011

Cuti-cuti Malaysia

Hari nie, mummy n family nak cuti-cuti Malaysia... We all nak pergi Mersing.. Hubby tempah Hotel Seri Malaysia kat Mersing, tak kena charge sebab kerja kerajaan, ni lah untungnya kalau kerja kerajaan.. hehehe..
Jauh jugak perjalanan kami... macam-macam binatang jumpa... anjing liar, monyet, musang etc... fuuuhh... dekat 4 jam juga....
Mujur ada GPS, kami ikut jer laluan tue... maklumlah, tak pernah jejakkan kaki di Mersing nie... mmmm

Dalam pukul 6 kami sampai kat hotel..




dekat jer dengan jeti untuk pergi ke Pulau Tioman.. alamak, kali nie tak ada bajet la nak gi pulau.. Takpelah, next time cuti-cuti kat pulau pulak... ;p


Malam, kami pergi makan kat medan selera ikan bakar.. gerai Brother John... em, boleh tahan jugak la masakannya..
Sara tengah tunggu mee goreng



Seperti biasa kat hotel mesti ada kolam renang kan??? apa lagi, esoknya, Sara pergi berenang pagi-pagi lagi... mummy tak sangka pulak anak mummy nie dapat berenang ( ada pelampung la).. sampai tak nak mummy atau abuya pegang.. em, boleh gi hantar belajar berenang nie...

  



Wednesday, March 23, 2011

Sejuk ker???

Hari nie tak dapat nak tulis entri panjang-panjang coz agak kepenatan...
Apapun, hari nie mummy puas hati coz dapat bawa adik-adik dan anak-anak mummy melawat ke Genting Highlands... Biarlah naik sekejap pun, tak apa.... Okaylah tu Cu Nana n Cik Muni kan?? Naik sekejap pun jadilah... Yelah, Cu Nana first time naik Genting.. Em, Cik Ha, next time yer... huhuhuhu...

Turun, kami naik kereta kabel.. mula-mula tue agak gayat juga... tapi kurang seronok lah, coz hari dah nak malam... Sara maintain jer.. Mirza lagi lah, dari naik Genting sampai turun balik pun tidur jer kerja dia... bestlah tue sejuk-sejuk...








Sunday, March 20, 2011

Jalan-jalan lagi.. bersama Air Asia

Em, tahun nie mummy tak jejakkan kaki lagi ke Kuala Lumpur.... hehehe... esok mummy nak gi KL, bawa Sara n Mirza.... Dapatla gi jalan-jalan lagi... Hoooray...

Anak-anak mummy sayang dapat naik flight la esok... Kami naik Air Asia...



Nanti bolehlah mummy g 'window shopping' kat



mid valley : dah lama tak pergi.. time belajar kat UM dulu, nie lah salah satu tempat 'bercinta'... hahaha..




ikea : tempat cuci mata tgk furniture n design best-best.. pastu berangan ada rumah cam gitu... ahaks..






Sogo : usha baju kat cni best gak...

Em, dapat 'window shopping' pun jadilah..


Sebenarnya mummy ada kurus kat iLQAM UiTM Shah Alam.. hehehe... Selamat berkursus kepada diriku..




Saturday, March 19, 2011

Nak kerja?? Jom intai-intai kat sini


Entri kali nie mummy nak citer pasal kerja... Time kerja, mesti rasa penat, letih, bosan n nak berhenti kerja tapiiiiiiii hakikatnya mummy lebih suka kerja dari jadi 'housewife'... Naper yer... Sejak mummy pilih 9 puluh ( 6 puluh ke 9 puluh), penat tul jadi 'housewife' nie. mummy ni baru anak dua, tue pun kecik-kecik lagi tak masuk sekolah pun lagi pun dah tak larat nak menjaga... Rasa macam tak ada masa untuk diri sendiri... Lepas kakak nangis, adik pula nak nangis... aduh.. fening-fening.... Tapi tak apa, untuk anak-anak mummy, mummy tak kisah...


Em, dalam pada tue, mummy sempat baca artikel nie.. (sesuai la untuk sapa-sapa yang nak cari kerja tue...)



HOUSEKEEPING ATTENDANT (Selangor)

February 10th, 2011 juan Posted in Kerja Swasta No Comments »
Sunway Resort Hotel & Spa’s dynamic hospitality business mix will allow you to uncover your true potential. This vibrant integrated destination boasts a collection of hotels with 1,234 guestrooms, suites, private and luxurious villas and serviced residences, complemented by versatile meeting facilities, a convention centre, a Balinese-inspired Mandara Spa, a super dance music club by London’s Ministry of Sound – Euphoria, a theme park, an upscale shopping and entertainment mall and more. Thrive in an exciting and enriching work environment that embraces innovation and pushes the pace of change. Discover the power of your potential with us.






HOUSEKEEPING ATTENDANT
(Selangor)
Responsibilities:




Maintain the cleanliness of the entire Villas and it’s surrounding area.
Ensure that the Villas are equiped with the respective amenities and the room facilities and fixtures in good working condition.
Maintain the cleanliness of the maids’ trolley, pantry, lines storage and back of house/service areas.
Requirements:




Preferably candidate with a SPM qualification or hospitality courses.
No prior experience is required for this role as training will be provided.
Candidate should be able to interact and speak well in english both verbal and wriitten besides being able to present information accurately to the guest.
Successful candidates will receive an attractive salary, good service points and a comprehensive benefits package. Apply on-line by furnishing a detailed resume stating your personal particulars, qualification, experience, employment history, current and expected salary.


To find out more about the Sunway Hotels & Resorts, visit www.sunwayhotels.com
AddThis Social Bookmark Button







































Banyak lg jawatan kosong di  http://www.jawatankosongbaru.com/ 


Pesan mummy, jangan memilih kerja, biar gaji rendah asalkan HALAL... baru BERKAT..


Wednesday, March 16, 2011

Tawaran Air Asia hebat.. jom jalan-jalan



Em, walaupun cuti sekolah lambat lagi tapi mummy nak rancang perjalanan akhir tahun awal-awal lah... boleh tempah tiket flight murah....

survey-survey jumpa tawaran Air Asia bermula November - April... Air Asia menawarkan 32 destinasi menarik di dalam dan luar negara.. Nak gi mana yang best yer... Boleh bawa Sara n Mirza jalan-jalan...


Booking Period
:
15 March 2011 - 20 March 2011
Travel Period
:
11 November 2011 - 29 February 2012


klik untuk lihat promosi


 Rasa macam nak gi jalan-jalan Malaysia Timur lak.. Tak pernah sampai sana... Kota Kinabalu pun okay juga nie..

Iskh.. kena usha tempat menarik nak gi jalan-jalan...




Sunday, March 13, 2011

6 puluh ke 9 puluh???

haaa... Apa entri mummy kali nie... 60 ke 90??? cam citer p.ramlee, keluarga 69 pulak...  




hahaha... best jugak citer nie... anak masing-masing kawen mak dan bapak, 69 tunggang terbalik...  sebenarnye mummy bukan nak ulas tentang citer p.ramlee..

tapi, entri mummy kali nie adalah mummy tengah fikir nak ambil cuti bersalin 60 ke 90??? kalau 60, dah kena pergi kerja la.... em,kalau ambil 90, boleh mummy rehat dan gi jalan-jalan... turun kl ke, ha, best jugak tue..

Tapi kalau ambil 90, tinggal lagi 150 hari cuti dari total 300 hari... camner yer??? setelah berfikir semasak-masaknya, mummy nak ambil 90 harilah... nanti next week boleh gi jalan-jalan kl... Lama dah tak pergi bercuti nie.... Pastu boleh la singgah kat mana-mana tempat menarik pulak kan??

ha, tengah mummy search gambar keluarga 69 P.Ramlee nie, terjumpa pulak gambar wang kertas yang berakhir dengan 69 dari laman web Duacongkak's Spot, dah tak tahu nak kongsi apa kat entri, baik mummy upload jer gambar duit nie buat kenang-kenangan...



Tak lupa mummy nak ucap takziah kat rakyat Jepun yang dilanda tsunami, mummy tak tahulah macammana rasa kalau mummy duk kat sana... MasyaAllah...



 





Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds