RSS

Thursday, May 19, 2011

one step ahead

em.. catatan mummy hari ni tentang Mirza... em, sedar tak sedar, anak mummy nie dah 4 bulan lebih dah... em, masih terbayang rasa sakit kat labour room tue.. huhuhu..

Hari ni Mirza dah dapat pegang botol susu sendiri ( walau kekadang tue jatuh juga pastu tak pandai nak angkat ) .


 masa duk relax-relax lepas mandi tadi, Mirza dah boleh meniarap sendiri tanpa bantuan.... AlHamdulillah.. sebelum ni mummy memang dah selalu letak Mirza tidur meniarap..

Hari nie perjalanan pulang kami agak jauh.. bermula dari Machang, kami ke Beris, Bachok, pastu ke USM untuk amik Che Ha yang bertapa di USM, then ke KFC ( isi perut coz tak makan lagi hari nie). sampai rumah dah dekat Maghrib.. Tapi, nasib baik anak-anak mummy nie behave sokmo.. thanx dear..


Wednesday, May 18, 2011

JPJ

Hari ni masa makan tengahari dengan kawan-kawan, mummy borak-borak pasal roadblock, saman ekor dan yang sewaktu dengannya.. bercakap tentang saman ekor ni, rupa-rupanya tak valid ye saman ekor nie, kesian siapa-siapa yang dah bayar termasuklah mummy tapi nasib baik tak bayar semua.. hikhikhik, yelah kalau tak bayar tak dapat barukan roadtax betul tak..

Pastu sekarang nie kalau nak saman, polis trafik atau JPJ perlu tahan kereta tue, tak da dah saman ekor, takde bukti kan.. em.. apa-apalah.. tapi betul ke ini mampu mengelakkan kemalangan?? entahlah..

on the way balik kerja, ada sekatan JPJ.. nasib baik mummy pakai sit belt.. huhuhuhu.. anak-anak mummy pun behave.. thanx sayang.. so, mummy tak kena tahan la.. tapi ada satu kereta ni terlepas, cuba korang tengok.. hehehehe..



kereta tue tak ada no plat.. tak tahulah  tuan kereta tue perasan ke tak.. pakcik-pakcik JPJ pun tak perasan.. huhuhu.. yelah, mereka pun manusia juga..
em, macam-macam ragam manusia ni..



Tuesday, May 17, 2011

Saham akhirat

Tersentuh hati mummy sejenak mendengar kata-kata keinsafan (renungan secara spiritual ) bila tengok Halaqah TV9 Sentuhan Kalbu nie..(walaupun nie ulangan - dah dua kali mummy tengok nie).

Kita asyik duk fikir saham dunia, harta dunia tapi saham yang paling berharga kurniaan Allah untuk bekalan di akhirat (saham akhirat) nanti adalah anak-anak..

Antara perkongsian bersama, ingatlah walaupun kita sudah tiada pendamping di dunia ini, Allah S.W.T sentiasa ada di sisi kita..
Jadilah guru yang baik bukan sekadar dengan percakapan tetapi dengan perlakuan dan tingkah laku.. biarlah anak kita menjadi lebih baik dari kita.. biarlah ibubapa menjadi idola kepada anak-anak.. mampukah anak-anak di depan kita akan kita hantar ke syurga dan membawa kita ke syurga?? renung-renungkan..
semoga kita tergolong dari mereka yang memimpin anak-anak menuju ke pintu syurga menemui Rasulullah S.A.W.. Amin.

Al-Hamdulillah, mummy bersyukur kerana diberikan nikmat untuk menjadi ibu kepada puteri dan putera mummy.. InsyaAllah, mummy dan abuya akan jaga amanah kami nie sebaik mungkin.. InsyaAllah.. sekarang nie mummy dah mula berfikir apakah cara yang paling baik untuk mendidik anak-anak mummy semada ilmu dunia mahupun ilmu agama... Ada sesiapa yang nak berkongsi dengan mummy, mummy alu-alukan pandangan semua..

Zilla Jalil, Erra Fazira dan adik Muhammad (Akademi Al-Quran) turut berada di majlis ilmu ini..
Moga kita sama-sama dirahmati Allah.. Amin..

ESQ ini pernah dibuat di Kelantan, mama, kakak dan adik-adik mummy pernah ikuti program nie.. memang best, cuma mummy yang tak berkesempatan lagi.. InsyaAllah, ada la rezeki mummy nak ikut program nie nanti...



Thursday, May 12, 2011

Makanan luput tarikh diproses semula dan di jual

Sindiket makanan luput tarikh tumpas

PENGUAT Kuasa KPDNKK Selangor memeriksa susu yang tamat tempoh untuk dijual semula dalam serbuan di sebuah banglo di Kampung Sungai Salak, Batu 10 Jalan Gombak, semalam.
  • ENGUAT Kuasa KPDNKK Selangor memeriksa barang dipercayai dikutip dari tempat pelupusan sampah di Gombak.
  • Foto
    OTHMAN menunjukkan aiskrim yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan bah
Keluarga jual susu, koko, minuman bijirin dikutip dari pusat pelupusan sampah


GOMBAK: Berhati-hati apabila membeli barangan makanan dan minuman berharga murah, seperti susu pekat, susu segar, serbuk koko dan minuman bijirin kerana satu sindiket dikesan mengumpul produk yang sudah luput atau tidak memenuhi piawaian, termasuk dari pusat pelupusan sampah sebelum dijual semula secara pukal.


Sindiket terbabit yang menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu di sebuah banglo terpencil di Kampung Sungai Salak, Batu 10 Jalan Gombak di sini, dikatakan menjual produk pelbagai jenama itu di kedai runcit, pasar malam serta restoran, terutama di sekitar daerah ini.


Perbuatan sindiket itu terbongkar selepas banglo terbabit diserbu 10 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, kira-kira jam 10.15 malam kelmarin, hasil maklumat awam.


Dalam serbuan itu, pasukan berkenaan merampas 3,500 barangan bernilai RM30,000 termasuk pelbagai produk kegunaan harian, seperti sabun, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi dan losyen yang ada antaranya sudah luput tempoh lebih dua bulan lalu.


Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang, berkata ketika serbuan, dua wanita warga Indonesia termasuk seorang bertaraf penduduk tetap berusia 50 dan 34 tahun, sedang membersihkan botol berisi susu segar serta membuang tarikh luputnya.


“Siasatan mendapati kegiatan ini didalangi sebuah keluarga yang kita percaya mendapatkan bekalan daripada pihak lain sebelum dibersihkan, termasuk dibuang tarikh luputnya dan dijual semula sama ada menggunakan bungkusan baru atau tanpa sebarang pelekat. 

“Kita dapati mereka turut memperoleh produk makanan yang belum tamat tempoh, tetapi tidak memenuhi piawaian seperti susu dalam tin kemek, dipercayai dibekalkan pengusaha kedai runcit dan orang dalam di kilang tertentu.


“Lebih mengejutkan apabila premis itu turut menghasilkan aiskrim yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan bahannya untuk dijual kepada orang ramai khususnya kanak-kanak,” katanya.


Beliau berkata, sindiket itu meraih keuntungan berpuluh-puluh ribu ringgit tanpa menghiraukan kesan penggunaan produk itu terhadap kesihatan orang ramai.

Othman berkata, dua wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, manakala seorang lelaki dipercayai dalang sindiket itu masih diburu.


MasyaAllah.... macam-macam sekarang nie.. ada jer cara untuk dapatkan duit dengan cara senang tanpa memikirkan buruk baiknya... Siap coklat/koko yang dah tamat tempoh pun dibancuh dan dijadikan aiskrim. Pastue penjaja jual kat budak2 sekolah... Adus..




OTHMAN menunjukkan aiskrim yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan bahannya.

Em.. apa nak jadi yer... Hati-hatilah semua... tu kat Gombak, mana tahu kat kawasan kita pun ada sindiket ni kan??


Monday, May 9, 2011

Chuchuchu....

Apa tue...
em... Hari ni Sara dapat mainan baru.... Brains Train

Thomas and Freinds... Ada 3 keretapi tapi mummy tak sure nama train yang dua lagi tue...




Seronok jer dia tengok trains tu gerak2..

Nak sentuh jer train tue... em...

Masa mummy kecil-kecil dulu ada satu design yang peguin tu jer.. tapi sekarang macam-macam ada.. yelah, nak tarik minat budakbudak... k lah main elok2 yer sayang...

Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu..

Selamat Hari Ibu buat para ibu dan bakal ibu semua...




Rasulullah saw bersabda:

“…Tak ada seorangpun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit karena melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang budak yang mukmin. Jika ia menyusuinya, maka tak ada setetes pun air susu yang diisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya dihadapannya di hari kiamat."




Tak ada apa anak story cuma malam tadi hubby bawa makan sempena hari Ibu.. Thanx dear... tak ada apa yang diharapkan hanya ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan..

Kami sekeluarga makan kat Restoran Barakah.. mummy pun tak tahu nama kawasan tu apa... hehehehe..

Muka semacam jer sebab semua penat jalan jauh.. baru sampai kl... ;p

Tak sempat nak ambil gambar juadah sebab kedua-dua anak mummy nie dah mengamuk nak tidur.. yelah, lambat sikit servisnya sebab ramai orang keluar makan sempena Hari Ibu nie bersama-sama family masing-masing..

Tak lupa kepada mama mummy, Hjh Maimunah Hj Salleh, zie ucapkan Selamat Hari Ibu dan semoga diberkati hidup selamanya.. Amin..







Saturday, May 7, 2011

Peminat Red Warrior tetap solat... AlHamdulillah..

alHamdulillah... Mummy gembira baca artikel dari The Red Warrior.com. Mungkin inilah keberkatannya.. Kelantan menang semalam.. Mummy pun minat juga tengok bola nie.. hehehehe.. Tapi pernah sekali jer pergi stadium ngan hubby, tu pun masa belum ada anak lagi.. (dah lama tue masa Halim Napi jadi goalkeeper lagi..)

Minat Bola, Sokong Bola pun, tanggungjawab sebagai seorang Hamba perlu ditunikan juga... betul tak..

Gomo Kelate Gomo..Moga Red Warrior terus sukses...

Kasih sayang Kakak terhadap Adik

Mummy nak puji sikit puteri Mummy nie, dia pandai sangat melayan adik ( walaupun baru 17 bulan), selalu cakap-cakap ngan Mirza, gelak-gelak tapi kekadang tue ada juga dia jolok mulut, mata adik.. mungkin niat dia baik.. yelah, dia pun kecik lagi.. Em, actually hari-hari mummy tengok Sara ni duk main ngan Mirza masa mummy drive pergi dan balik kerja, cuma tak sempat nak snap gambar.. yelah, tengah drive kan.. kang tak pasal-pasal terbabas pulak.. hari nie mummy sempat snap gambar kenangan kemesraan seorang kakak dan adik tercinta... 





Muka comot makan aiskrim
Pastu hari ni dalam sejarah, first time MIrza merasa makan aiskrim.. mana taknya, kakak dia tolong suapkan.. Sara... Sara... nak kongsi la tue... Apapun niat dia baik kan?? cuma dia tak tahu yang adik dia tue tak leh makan lagi.. huhuhuhu..

Apapun, mummy harap buah hati mummy nie akan sentiasa saling sayang menyayangi antara satu sama lain sampai bila-bila yer.. Nanti dah besar, jangan gaduh-gaduh tau.. InsyaAllah..




Friday, May 6, 2011

Lalalalala.... weekend ku..

Hari ni tak tahu nak story apa... em, dah lama tak cerita pasal anak-anak mummy... hari nie nak story sikit pasal Maisara lah..

Em, puteri mummy sorang nie, kalau nak suruh dia duduk diam ( mummy boleh la ngadap laptop tanpa gangguan ) buka jer channel 613, apalagi kalau bukan Disney Playhouse.. bagi dia tengok Mickey Mouse Clubhouse, diam la dia depan tv... rancangan yang paling dia suka Dibo the Gift Dragon... Sampai mummy pun beli CD Dibo untuk pasang dalam kereta gara-gara nak suruh dia diam...

Hari nie, sambil pegang botol susu, dia joget-joget masa lagu Mickey Mouse Clubhouse.. hehehe.. comel la pulak.. Lepas nie 'terjenera' la dia tue depan tv...


Wednesday, May 4, 2011

Kejora dan Bintang Episod Akhir

Akhirnya setelah episod demi episod yang menyakitkan hati ( tapi tetap tunggu jam  6.30 petang dan tengok juga..), sinetron Kejora dan Bintang sudah sampai penghujungnya...


Apa yang berlaku akirnya:

  • Si Minah tak mau masuk penjara tetapi mati dilanggar kereta.
  • Erlangga terpaksa kahwin dengan Janet - kesian betul....
  • Tetiba Ibu Kartika telefon  Erlangga setelah diselamatkan polisi...
  • Kejora masih duk dalam penjara dan dalam kesedihan walaupun tinggal tak sampai setengah jam cerita nak habis..
  • Pak 'Wawan', Bintang dan Fitra datang untuk membebaskan Kejora..
  • Akhirnya Hanifah dan Janet masuk penjara...
  • Hanifah jadi 'kurang sihat'...
  • Akirnya Kejora live happily ever after sambil nyanyi..
SEKIAN.. OPSS SELESAI...

Kesimpulannya:
Kejora menangis jer dari awal cerita sampai akhir.. huhuhuhu...
Mata Janet ngan Ibu Hanifah mesti terbeliak kalau buat jahat


Whatever... cerita Indon memang cenggini tapi mummy tetap LAYAAAAAAAAAAAANNNN...

p/s: lepas ni cerita camner pulak ...


Tuesday, May 3, 2011

Salji di Malaysia

Em.. macam-macam sekarang nie.. kalau baca tajuk sekali pandang, dah nak kiamat dah nie.. macam-macam benda pelik berlaku sekarang.. tapi....

SHAH ALAM: Orang ramai, bersama-sama ‘Dora the Explorer’ dan i-City, menyambut kedatangan salji pertama di Snowalk pada 19 Mac lepas apabila teknologi dari Korea Selatan itu dilancarkan sebagai tarikan terbaru di "City of Digital Lights".
Kawasan seluas 4,645 meter persegi di Shah Alam itu cukup sejuk dengan suhu bawah 5 darjah celcius dan yang paling menarik, ‘salji’ setebal 0.1 meter di situ boleh dimakan. Pengalaman dengan salji ini, yang pertama di Asia Tenggara, menggunakan teknologi Korea terbaru di mana air tulen bertapis yang dibekukan dijadikan salji yang selamat untuk dimakan. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen baru-baru ini berkata produk pelancongan yang menarik dan inovatif seperti Snowalk@i-City akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia, selain menjana pelancongan dalam negara. "Dulu saya biasa memberitahu orang luar negara yang kita di Malaysia ini ada semuanya kecuali salji. Tapi, dengan Snowalk, kita boleh kata salji pun ada di Malaysia," katanya.

Dipetik dari myMetro.


Sedikit info tentang Taman Tema Salji i-City:



Snowalk dibuka 
   * Isnin - Jumaat bermula pukul 10 pagi hingga 1 pagi 
   * Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula dari 10 pagi hingga 2 pagi


Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. - Bayaran termasuk baju sejuk sementara kasut pula dikenakan bayaran sewa sebanyak RM10.


Apapun, untuk tujuan pelancongan bagi menaikkan ekonomi negara, mummy rasa okaylah... tapi yang pasti kita tetap tak boleh mengubah cipataan Allah Yang Maha Esa...


p/s: sebelum nie mummy dah rasa salji tiruan kat Genting Highland, nanti ada masa, nak pergi i-City la pulak..jom... nak pergi 'oversea', tak tahu bila.. huhuhu..

luv,



Bestnyer.... try disss..


Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds