RSS

Saturday, October 15, 2011

Berkebun di Hari Minggu

Sejuk hati mummy tengok anak dara mummy ni rajin..
mari kita tgk aksi Sara berkebun @ mencabut rumput.. ;p





Sara buat apa tue?


Tidur setelah keletihan berkebun.. ;p

Friday, October 14, 2011

Ensiklopedia Solat

Hari ni mummy nak kongsi ngan semua tentang satu buku yang amat bagus untuk dijadikan panduan bersama.
ENSIKLOPEDIA SOLAT.


Dengan hanya RM 100, banyak ilmu yang dapat kita perolehi..
Mummy nak keluar dulu.. nanti kita kongsi lagi tentang buku nie.. cuma kalau sesiapa berminat, boleh contact mummy..

p/s: mummy ada buat bayaran ansuran RM 10 jer.. ( ada 5 biji je lagi )
kalau berminat, klik sini.. 


Thursday, October 13, 2011

Kelegaan yang tak terkata

AlHamdulillah.. Semua selamat.. Rasa lega sangat-sangat tak tahu nak cerita.. Yelah, dalam seminggu ni, duk pening jer kepala sibuk menanda kertas-kertas jawapan anak-anak murid kesayangan mummy semua.. Sampai kena berkampung di bilik mesyuarat lah.. Hari ini dah siap 'upload'semua ( ni pun sebab hari ni last day, hehehe). Nway, 10q guys for ur commmitment n support..
Kepada semua 'students' mummy, terimalah keputusan nanti dengan redha ya.. seperti yang mummy selalu cakap, mummy akan bagi selari dengan apa yang diberi. baru adil kan?
Biasalah, ada yang lulus dan gagal.. Kepada yang lulus dengan cemerlang, mummy dahulukan ucapan tahniah dan kepada yang gagal, sila usaha lagi.. huhuhu
see u next sem...


p/s: ada student mummy cakap calculus = kalalulus... iskh..iskh..iskh..tak patut..



Wednesday, October 12, 2011

Fikir-fikirkanlah

Jom santai dengan pic nie.. 


Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok belum tentu arahnya.... Buatlah pilihan yang terbaik..


Tuesday, October 11, 2011

Mirza - 9 bulan

Pejam celik pejam celik, Mirza dah umur 9 bulan... mmm cepatnya masa berlalu..
Apa yang Mirza dah pandai buat sekarang selain daripada menangis untuk minta didukung, Mirza mummy dah pandai mengesot ( maybe dah tak merangkak), dah pandai dududk dan gigi dah ada dua batang.. mmm, sekarang ni, Mirza mula melakukan aktiviti bangun dan bergantung kat bawah meja, tepi kerusi dan sebagainya.. tapi anak mummy ni ada satu masalah iaitu, kalau dia bangun, tak boleh nak duduk balik.. hahahaha.. mulalah dia menjerit minta sesiapa yang berdekatan untuk dudukkan dia..

Apapun, mummy tak sabar nak tunggu Mira jalan.. 

Sayang adik... ;p



Monday, October 10, 2011

Tips melayan anak-anak

Buat Sara dan Mirza.. mummy akan cuba praktikkan yang terbaik untuk kalian...




Bagaimana perlu melayan dan meluang  masa untuk anak-anak?


Mungkin tip-tip di bawah ini mungkin boleh membantu mummy dan juga para pembaca sekalian:

1) Jadilah guru pertama kepada anak anda
Jawablah soalan yang ditanyakan oleh si manja anda secara berhemah. Terangkan seringkas yang mungkin yang boleh difahami oleh mereka agar mereka akan berasa percaya dengan jawapan anda mengikut kefahaman mereka. Dengan cara ini anda dapat wujudkan.‘Trust-bonding’ atau hubungan saling percaya dengan mereka. Mereka akan berasa andalah ibubapa yang berwibawa.

Buat masa ini, mummy belum lagi merasa karenah anak-anak mummy bercakap.. insyaAllah, mummy akan cuba memberi jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.. (em, buat masa ni, duk sibuk melayan karenak 'anak' murid yang banyak bertanya.. ;p )



2) Anak-anak bukanlah orang dewasa yang kecil(Not your tiny adults)Banyak masalah timbul apabila kita gagal untuk menyedari perbezaan antara anak yang berumur 3 tahun dan yang berumur 11 tahun. Kebiasaannya, kita akan membawa semua anak-anak menonton cerita yang SAMA di Televisyen ataupun panggung wayang untuk berlaku adil. Hakikatnya adalah tidak, bagi si kecil anda. Mereka masih tidak cukup matang untuk memahami segala apa maklumat berbanding kakak dan abang mereka. Ianya umpama kita cuba untuk mempercepatkan atau ‘speed up’tumbesaran minda dan emosi mereka.



3) Memahami tahap kebolehan mereka berfikir
Cuba bayangkan, jika kita menyuruh anak yang berumur 2 tahun untuk masuk tidur apabila sudah lewat malam. Walaupun mereka akan ikut arahan si ibu untuk bangun dan masuk ke biliknya, tapi cuba kita buat pemeriksaan ataupun ‘spot check’ di biliknya, pastinya si manja anda akan bermain daripada tidur! Itulah dunia mereka, suka bermain dan itu sahaja yang membuatkan mereka selesa. Ini kerana, mereka kekurangan nilai pemikiran yang wajar (rasional) ataupun  ‘Operational Rational Thinking’ di usia ini. Jadi, janganlah marahkan mereka jika tidak melakukan apa yang anda suruh.

Sebagai ibu bapa kita harus mewarnai dan menghargai waktu-waktu kecil si manja anda. Luangkanlah masa anda dengan menjawab segala apa persoalan mereka walaupun anda sangat penat untuk melayan. Jangan biarkan waktu kecilnya berlalu begitu sahaja, kerana pastinya ianya tak akan berulang kembali. Anggaplah mereka adalah imbasan masa kecil anda dan sebahagian masa lampau anda.

InsyaAllah, dengan adanya tips2 ini, mummy akan sentiasa manfaatkan setiap masa mummy bersama buah hati mummy... Mummy harap anak-anak mummy akan membesar menjadi insan yang berguna.. 


Friday, October 7, 2011

Bajet Mummy


Hari ni Bajet 2012... ok ke tak?
mmm macammana ngan Bajet 2012 mummy pulak.. adus.. pening kepala bab bajet nie..

"Apa yang ditawarkan dalam BUDGET 2012: Subsisidi diteruskan, Felda akan disenaraikan di BURSA, Cukai impot kereta hibrid, elektrik dimansuh,   Pemansuhan yuran sekolah. RM500 untuk keluarga bergaji bawah RM3000 sebulan, kenaikan RM 80 - RM 300 untuk kakitangan kerajaan  tahun 2012 dan bonus tambahan 1/2 gaji atau minimum RM500 kakitangan kerajaan bulan Dis 2011."



AlHamdulillah... ada rezeki tahun ni.. ( tp sedikit kecewa sebab gaji tak naik seperti yang diwar-warkan... huhuhuhu..)
Wait n see..


Satu lagi yang mummy suka  Pencarum KWSP dibenar guna Akaun 2 daftar Haji..  Wah, bolehla mumy n Abuya daftar nak gi haji.. jom semua.. ;p


p/s: kita sama-sama tunggu barang naik pulak.. hehehehe



Berkampung di Bilik Mesyuarat

Dah dua hari mummy dan kawan-kawan berkampung kat bilik mesyuarat... buat apa? Biasalah, musim-musim exam nie, terpaksalah kami bekerja keras menanda kertas exam yang berbundle-bundle.. hehehe.

Antara kebaikkanyya adalah:
1. Hanya menanda soalan yang sama sahaja.
2. Pembahagian markah yang sama rata. (Fair untuk semua student)
3. Dapat bekerjasama..

 Tapi ada juga ketidakbaikkannya:
1. Bosan menanda soalan yang sama.
2. Terpaksa menanda kertas yang banyak.. (secara psikologinya, kertas banyak tapi no soalan berkurang...sebenarnya sama jer.. )

Gembira tanda 'paper'.. Gembira ke??
Khusyuk betul.. yang penting, makanan dan minuman mesti ada..



Hahaha.. apapun, thanx u all..
Hari Ahad ni kita jumpa lagi untuk penelitian terakhir ya.. see yaa..






Thursday, October 6, 2011

JOM Santai...


Luangkanlah Masa untuk Melayan Kerenah Si Kecil.



Suatu petang, Puan Shida sedang menyediakan juadah malam di dapur. Tiba-tiba datang anak sulungnya berusia 4 tahun lebih menanyakan satu soalan yang dah lama si kecil tu terfikir.

Daniel : Mama, adik ni datang dari mana? Dulu tak ada pun.
(Sambil tunjuk ke arah adiknya yang sedang tidur lena)
Mama : Errr.. err??

Huhuhu.. Soalan macam ni biasa terkeluar dari mulut anak-anak kita yang bijak. Anda ada beberapa pilihan jawaban

Pilihan Pertama
Mama : Daneil.. mama tengah sibuk ni.. gi tengok tv tu.. jangan kacau mama buat kerja.
Daniel : Emmm.. (maka berlalulah si anak ke ruang tamu)

Pilihan Kedua
Mama : Adik datang dari perut mama lah sayang. Kan hari tu perut mama besar.
Sekarang adik dah keluar. Abang pun dalam perut mama dulu.
Daniel : Ooo..Tapi kenapa dalam perut?
Mama : Sebab mama sayangkan abang dengan adiklah. Masa tu kecil sangat belum kuat lagi. Bila dah besar, dah kuat, baru boleh keluar.
Mama : Macam kucing kat rumah atuk tu.. kan perut dia besar. Pastu keluar anak-anak dia.
Anak : Ooo macam tu…

Melayan kerenah dan soalan anak kita memang memerlukan kesabaran dan kebijaksaaan. Jawaban pertama sangatlah kurang bernas. Ia merencatkan sifat daya berfikir anak-anak dan mengurangkan WIBAWA anda sebagai ibubapa dan guru pertama bagi mereka.

Mengikut fitrahnya, anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Biasanya di usia 4 tahun ke atas minda logik mereka mula bercambah. Maka, masa ketika inilah mereka melontarkan soalan yang kita pun tak pernah terfikir. Boleh jadi berpeluh juga nak menjawabnya, kalau tak betul gaya.

Iyalah, nak cerita secara terperinci tak boleh pula, kerana usianya yang kecil. Nak biarkan sahaja soalan tu, lagi tak boleh dan malah sangat tidak sihat bagi perkembangan minda anak-anak. Justeru itu, sebagai ibubapa yang prihatin wajar kita mengambil perhatian yang lebih tentang ‘kecelaruan’ anak-anak dengan memahami tahap kebolehan mereka berfikir.

Dipetik dari blog excelqhalif


Tuesday, October 4, 2011

Excitednya...

Mummy ecxited hari nie sebab baru perasan, anak mummy Mirza dah tumbuh gigi pertamanya... hehehe, walaupun anak kedua tapi tetap excited, maklumlah Mirza baru nak masuk 9 bulan, Sara dulu umur setahun baru tumbuh gigi.... 
Hai, tak sabar mummy nak tgk Mirza senyum ada gigi.. yelah, kalau sekarang, Mirza senyum macam senyuman atuk ( huhuhu, tak ada gigi kan.. ;p ) tapi, gigi tue tak nampak lagi, nanti mummy snap gambar... 

Gigi Bersih dan Kuat..




Monday, October 3, 2011

Ulang Tahun ke 3

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun mummy n abuya sah bergelar suami isteri..  Tarikh keramat 3 oktober 2008 bersamaan dengan 3 Syawal 1429H... AlHamdulillah, sehingga saat ini, kami sudah dikurniakan sepasang cahayamata yang comel dan hensem.. terima kasih Ya Allah atas rahmatMu..
Seperti biasa alam rumahtangga, asam garam kehidupan tak lekang dari masalah, kesedihan, kekurangan, kelebihan, kegembiraan dan sebagainya.. namun semua ini dapat kami tempuhi dengan redha.. Biasalah ada pergaduhan dan pertelingkahan, bak kata 'pepatah' sedangkan lidah lagi tergigit... Namun, mummy tinggalkan itu sebagai pengajaran.. hanya yang manis akan dijadikan kenangan sepanjang hayat...




Alamak, Sara dah menangis.. mummy sambung esok la..

Saturday, October 1, 2011

Persediaan SPM

Hari ni mummy telah mengikuti program Lonjakan Juara SPM 2011, peringkat Jajahan Tumpat  bertempat di Sekolah Menengah Dato' Biji Wangsa..


Inilah dewan SMK Dato' Biji Wangsa.. Tetiba teringat zaman sekolah2 dahulu.. 
Gambar kat tengah tu adalah ucapan perasmian dari Rektor UiTM cawangan Kelantan..

Best juga dah lama tak dengar motivasi ni.. maklumlah, dah lama tak join kursus-kursus macam nie.. ;p


Murid-murid Tingkatan 5 berpelukan dengan ibu/bapa masing-masing.. kebanyakannya menangis bila penceramah pasang lagu yang mendayu... Mummy sempat snap satu gambar jer.. bukan apa, mummy pun nangis gak.. hahahaha.. sebak dan menusuk kalbu la kalau duk dalam situasi macam nie...
Apapun, mummy harap, adik-adik semua akan dapat menjawab soalan dengan baik yer.. Amin...

p/s: kalau nak tips untuk PMR klik sini  




Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds