Powered By Blogger
RSS
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Kelegaan yang tak terkata

AlHamdulillah.. Semua selamat.. Rasa lega sangat-sangat tak tahu nak cerita.. Yelah, dalam seminggu ni, duk pening jer kepala sibuk menanda kertas-kertas jawapan anak-anak murid kesayangan mummy semua.. Sampai kena berkampung di bilik mesyuarat lah.. Hari ini dah siap 'upload'semua ( ni pun sebab hari ni last day, hehehe). Nway, 10q guys for ur commmitment n support..
Kepada semua 'students' mummy, terimalah keputusan nanti dengan redha ya.. seperti yang mummy selalu cakap, mummy akan bagi selari dengan apa yang diberi. baru adil kan?
Biasalah, ada yang lulus dan gagal.. Kepada yang lulus dengan cemerlang, mummy dahulukan ucapan tahniah dan kepada yang gagal, sila usaha lagi.. huhuhu
see u next sem...


p/s: ada student mummy cakap calculus = kalalulus... iskh..iskh..iskh..tak patut..



Friday, October 7, 2011

Berkampung di Bilik Mesyuarat

Dah dua hari mummy dan kawan-kawan berkampung kat bilik mesyuarat... buat apa? Biasalah, musim-musim exam nie, terpaksalah kami bekerja keras menanda kertas exam yang berbundle-bundle.. hehehe.

Antara kebaikkanyya adalah:
1. Hanya menanda soalan yang sama sahaja.
2. Pembahagian markah yang sama rata. (Fair untuk semua student)
3. Dapat bekerjasama..

 Tapi ada juga ketidakbaikkannya:
1. Bosan menanda soalan yang sama.
2. Terpaksa menanda kertas yang banyak.. (secara psikologinya, kertas banyak tapi no soalan berkurang...sebenarnya sama jer.. )

Gembira tanda 'paper'.. Gembira ke??
Khusyuk betul.. yang penting, makanan dan minuman mesti ada..



Hahaha.. apapun, thanx u all..
Hari Ahad ni kita jumpa lagi untuk penelitian terakhir ya.. see yaa..






Saturday, October 1, 2011

Persediaan SPM

Hari ni mummy telah mengikuti program Lonjakan Juara SPM 2011, peringkat Jajahan Tumpat  bertempat di Sekolah Menengah Dato' Biji Wangsa..


Inilah dewan SMK Dato' Biji Wangsa.. Tetiba teringat zaman sekolah2 dahulu.. 
Gambar kat tengah tu adalah ucapan perasmian dari Rektor UiTM cawangan Kelantan..

Best juga dah lama tak dengar motivasi ni.. maklumlah, dah lama tak join kursus-kursus macam nie.. ;p


Murid-murid Tingkatan 5 berpelukan dengan ibu/bapa masing-masing.. kebanyakannya menangis bila penceramah pasang lagu yang mendayu... Mummy sempat snap satu gambar jer.. bukan apa, mummy pun nangis gak.. hahahaha.. sebak dan menusuk kalbu la kalau duk dalam situasi macam nie...
Apapun, mummy harap, adik-adik semua akan dapat menjawab soalan dengan baik yer.. Amin...

p/s: kalau nak tips untuk PMR klik sini  




Tuesday, September 27, 2011

Jamuan Raya 2011

Hari ni mummy n kawan-kawan seofis buat jamuan raya.. happening bangat... huhuhu..
macam-macam ada.. Antara menunya adalah..
1. Nasi Dagang
2. Lontong
3. Sate
4. Laksa Lemak
5. Laksa Penang
6. Aneka puding
dan macam-macam lagi.. Best tak?? iskh.. mestilah best...

Acara potong puding....
Menu yang sempat disnap adalah sate, puding gula hangus, tepung pelita, kuih dan kuah lontong... memang BEST.... 

Sempat berposing masa potong nasi himpit.. ni mummy n ofismate - Elini.. 

ni lah model nasi himpit.. huhuhu jangan mare Elini...
comey tak budak ni??  'single' lagi saper2 berminat boleh contact mummy yer... hahahaha

Ni pun geng2 suka posing... Laila ( yang buat peace ), Faizah ( yang tersenyum sambil pegang telur  ) dan tak ketinggalan Haida ( yang kat belakang )
Mereka bertiga ni ada tiga status yang berbeza, sorang dah jadi mak budak, sorang single but not available dan sorang lagi masih single ( mummy rasa la tapi tak tahulah kalau not available gak.. ahaks).. Tapi mummy tak nak bocor rahsia yang mana satu, korang kena teka sendiri ya... ;p

Inilah 'buruh kasar' kami.. terpaksa mengangkat meja... huhuhu.. 
Terima kasih ya Faiez, maaf yer Azam, tak nampak muka.. Wan (yang tudung turqoise) dan Haida jadi mandur agaknya.. hehehe.. jangan marah... nanti mummy jual...

Ni jer gambar yang mummy ada.. tapi nanti mummy collect lagi gambar2 yang diambil dengan 'kamera canggih' Laila, mummy upload lagi kat sini...

Apapun, korang memang best, rasa puas dapat buat majlis macam ni.. dan mummy nak minta maaf seandainya ada terkurang atau tersalah semasa majlis yer..


P/S: mummy masak apa? Mummy tak pandai masak la.. mummy bawa keropok goreng jer...






Monday, September 19, 2011

Everyday.... Journey 2 remember...

Mmmm.. cerita ni bukan cerita baru pun.. tap mummy still nak cerita..
Setipa hari bekerja, mummy akan bawa putera dan puteri mummy bersama-sama ( except kalau Abuya ada/cuti )...
Banyak betul cabaran drive bersama-sama dengan anak-anak nie.. tapi terpaksa dan dah terbiasa..
kalau Maisara, mummy dah tak heran nak bawa dia... naik kereta, pasang jer cerita Dibo the Gift Dragon atau Barney and Friends, diamlah dia..

yang paling banyak cabaran adalah untuk bawa Mirza.. aduhai, anak teruna mummy ni suka nangis la... bukan sebab sakit or lapar tapi sebab nak beriba.. adus.. letih betul.. mummy buat tak tahu jer ( kejam tak?) tapi tadi, masa dia duk 'nyanyi' lagu dia tue mummy tepuk2 sikit and then ini lah yang berlaku..

Setelah ditepuk2 akhirnya Mirza tertidur..

Akhirnya, Mirza tertidur dan kalau perasan, ada air mata kat tepi mata tanda lepas menangis.. huhuhuhu.. 

Kesian Mirza terpaksa tidur sambil duduk, ( saja mummy nak latih Mirza, bukan apa, kalau jadi doktor nanti time kena on call or busy, duk atas kerusi pun boleh rehat kan.. ;p )
Actually Mirza dah tak nak duduk dalam car seat, sebab tue mummy belikan tempat duduk gantung kat kerusi ni, dapatla dia main2.. ( mummy jual seat tu, kalau nak tengok, klik sini )

Dibo dibo ding..

Barney and friends

Inilah dua cerita yang Sara suka tengok.. sekarang ni, nak dengar radio pun susah.. sampai mummy dan abuya dah dapat hafal dah dialog dua2 cerita nie..  mmm takpalah Sara, asalkan sara duk diam2 dalam kereta sudah.. ;p




Thursday, April 28, 2011

Kerja... Cuti..

Bestnyer cuti 3 hari nie... hehehehe  cam la dah lama atk cuti... ni kes cuti lama lah malas nak gi kerja nie...
walaupun cuti, still byk kerja yang perlu disiapkan... Ada tak kerja ang tak yah buat kerja tapi duit masuk?? (tak nama kerja pula kan!!!)  tapi tak nak la gaji buta...

Apapun bagi mummy, mummy kerja untuk hidup bukan hidup untuk kerja.... we must enjoy our life!!!
k lah, rasa nak gi berjalan sempena Cuti Buruh nie.. (opsss rasa cam pekerja buruh binaan pula... hehehehe..)


Tuesday, April 19, 2011

Makan-makan...

Kalau u all perasan cerita mummy mesti makan-makan, kalau tak makan, gi jalan-jalan... Makan best aper.. tul tak???

Kali nie mummy nak cerita pasal office mate yang buat makan-makan.. Siapalah lagi kalau bukan Fefah n G-ma, diorang nie memang suka masak n buat makan-makan kat ofis... hai, rajin betul anak-anak dara nie.. mummy nie jer yang malas nak memasak lagi.. hahahaha...

Actually, mummy dah lama nak makan bihun cina/singapore ( warna putih + lada hitam ) yang Fefah buat, masa pregnant hari tu lagi, tapi dia tak sempat buat, so, kali ni, mummy pulub la habis-habisan... Air lada + kicap yang memang menawan kalbu.. Selain dari menu bihun tue, banyak lagi diaorang buat, sorang bawa sikit ( mummy jer yang tak bawa.. next time year dear).. happenning betul..

Nilah juadah nyer,,, nak tambah lagi tue...

eh..eh.. botol keropok dah hilang?? ada la yang merembat tue..

Ni la anak-anak dara yang rajin buat makan kat ofis mummy.. suamua 'single' tapi dah ada yang tak 'available'..

Ni pun geng makan, diaorang nia ada pantang tau.. nak tau pantang apa??  Pantang ajak makan, sekejap jer muncul kat depan pintu.. Ahaks...

I pun nak masuk pic gak.. hehehehe..
Nway, mummy kenyang sangat hari tue.. terima kasih daun keladi yer, nanti jangan lupa jemput lagi...

thanx to all of you....



Monday, April 18, 2011

First time (part 2)

Kali ni first time yang mummy nak cerita adalah first time Mirza duk rumah Tok Ma (pengasuh Sara n Mirza) kat Machang...


Ni la rupanya Mirza duk dalam car seat dia ( bukan yang baru pun, yang Sara punya dulu..).... Nasib baik anak mummy ni nama Mirza (anak yang baik), memang baik betullah, even perjalanan almost 45 minit...

Kakak Sara duk tengah-tengah sambil cakap-cakap ngan adik... be good girl yer sayang, mummy nak drive nie..
Sebenarnya minggu nie minggu percubaan untuk mummy drive bersama dengan putera puteri mummy dari Pasir Mas ke Machang (about an hour)... Hehehe... alHamdulillah, anak-anak mummy macam faham jer mummy kena drive, diaorang duk diam jer... cuma masa Mirza nak tdo tue, kena la tepuk-tepuk dulu sikit before dia tidur.. nasib baik kereta auto, kalau manual, tak tukar gear dah nie..

Sampai rumah Tok Ma, mau menangis si Sara masa mummy tinggalkan dia, yelah dah hampir 6 bulan tak berenggang ngan mummy, tapi sekejap jer dia nangis, tak nampak bayang mummy, senyaplah dia.. Si Mirza relaks jer, control macho.. hahaha.. yelah, dia tak faham apa-apa lagi, ikut jer apa orang buat.. ;p

Bermulalah kehidupan mummy macam dulu... Ya Allah, moga aku akan terus tabah menghadapi hari-hari mendatang.. amin..








Saturday, April 16, 2011

Hari Baru...

Em, esok mummy dah nak start kerja... Alahai, malas betul nak kerja lepas cuti 90 hari nie... ( actually lebih 90 hari )... Maklumlah, lama cuti nie, tak tahu nak ambil mood kat mana... em, Mirza n Sara kena duk rumah la esok.. Abuya jaga....






Nampaknya kena start azam baru la ni... huhuhuhu..



Jom kerja...
. 
mesti mau rajin la...



Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds