Powered By Blogger
RSS
Showing posts with label Sara. Show all posts
Showing posts with label Sara. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Aktiviti Sara

Untuk kesekian kalinya mummy nak kongsi aksi-aksi Sara... 


Masa mummy perasan, Sara dah panjat setinggi ni..
Pandai panjat, pandai la turun yer.. Si Maherah tukang tengok jer..


Adus, kejadian ni berlaku kat rumah kakak di Teluk, Panji, Kota Bharu.. Ntah dari mana la Sara ni belajar memanjat.. nasib baik tak jatuh.. tapi time turun tue, menjerit juga la.. 

Macam-macam budak ni sorang.. nanti Mirza besar, tak tahulah camner...




Saturday, September 24, 2011

Akhirnya... Impian Mummy tercapai....

Em.. apa impian mummy yang tercapai ni?? mmm kalau ada baca coretan mummy minggu lepas, mesti tahu kan? huhuhu... inilah sedutan 'impian' mummy yang tercapai..


 Kaki Mirza kena kambus dengan pasir.. hehehe


Mula-mula Mirza tu nangis tapi last sekali....
Hahaha.. sebenarnya Mirza memang takut sangat-sangat dengan air laut tapi terima kasih buat Mat Yan sebab berusaha memberi 'keyakinan' buat Mirza...
Sambil meniarap tue, berapa banyak tah pasir yang Mirza dah masuk mulut.. mummy tak perasan.. huhuhu.. sorry yer sayang.. ( sedap ke pasir tue?? )


Sara dengan aksi renang nya..
Em, Maisara pulak bergembira dengan pelampung lengan dia.. 
 siap buat aksi-aksi lagi...

N'way, mummy happy sebab hasrat mummy dah tercapai.. nanti kita datang lagi.. 



Friday, September 23, 2011

Hari minggu...

Hari ni cuti.. yeay.. tapi selalunya tak de nya mummy dapat rehat..  tapi hari ni rasa dapat rehat dan update blog sikit-sikit. Bukan apa, Mirza ada baby sitter hari nie.. Thanx yer Kak Ishmaah sebab jaga Mirza.. Tenang mummy hari ni, kalau tak budak kecil ni sibuk nak tekan keyboard juga ler kerjanya..


Inilah baby sitter Sara n Mirza..
10q Ishmah n Irfan yer..

Hensem tak Mirza Senyum?
Recharge tenaga selepas penat bermain dan sesudah mandi bersama Maherah



Monday, September 19, 2011

Everyday.... Journey 2 remember...

Mmmm.. cerita ni bukan cerita baru pun.. tap mummy still nak cerita..
Setipa hari bekerja, mummy akan bawa putera dan puteri mummy bersama-sama ( except kalau Abuya ada/cuti )...
Banyak betul cabaran drive bersama-sama dengan anak-anak nie.. tapi terpaksa dan dah terbiasa..
kalau Maisara, mummy dah tak heran nak bawa dia... naik kereta, pasang jer cerita Dibo the Gift Dragon atau Barney and Friends, diamlah dia..

yang paling banyak cabaran adalah untuk bawa Mirza.. aduhai, anak teruna mummy ni suka nangis la... bukan sebab sakit or lapar tapi sebab nak beriba.. adus.. letih betul.. mummy buat tak tahu jer ( kejam tak?) tapi tadi, masa dia duk 'nyanyi' lagu dia tue mummy tepuk2 sikit and then ini lah yang berlaku..

Setelah ditepuk2 akhirnya Mirza tertidur..

Akhirnya, Mirza tertidur dan kalau perasan, ada air mata kat tepi mata tanda lepas menangis.. huhuhuhu.. 

Kesian Mirza terpaksa tidur sambil duduk, ( saja mummy nak latih Mirza, bukan apa, kalau jadi doktor nanti time kena on call or busy, duk atas kerusi pun boleh rehat kan.. ;p )
Actually Mirza dah tak nak duduk dalam car seat, sebab tue mummy belikan tempat duduk gantung kat kerusi ni, dapatla dia main2.. ( mummy jual seat tu, kalau nak tengok, klik sini )

Dibo dibo ding..

Barney and friends

Inilah dua cerita yang Sara suka tengok.. sekarang ni, nak dengar radio pun susah.. sampai mummy dan abuya dah dapat hafal dah dialog dua2 cerita nie..  mmm takpalah Sara, asalkan sara duk diam2 dalam kereta sudah.. ;p




Sunday, September 18, 2011

Sepetang di Pantai Irama

Hari ni hujan renyai2, tapi mummy n abuya bawa Sara pergi pantai.. Mirza tidur, so kena tinggal kat rumah..
ingat nak rendam Sara n Mirza tp kena pergi next time lah nampaknya..

Gabungan nama kami sekeluarga yang sempat dicoreng oleh Abuya.. ;p
Sara ni, kalau dibiarkan lama2 mesti dia terjun jer dalam air tue.. tapi keadaan tak mengizinkan lah sayang.. nanti kita datang lagi next time yer.. ;p


Saturday, September 17, 2011

First time ( part 3 )

Umur Maisara dah 1 tahun 8 bulan, gigi kat depan baru 6 batang n dua tiga minggu lepas baru tumbuh gigi geraham..
Hari ni mummy n abuya cuba nak suruh Sara gosok gigi.. mmm agak susah juga nak suruh budak kecik nie gosok gigi.. huhuhu..
ada siapa2 nak kongsi pengalaman ngan mummy tak.. 10 q



Saturday, May 7, 2011

Kasih sayang Kakak terhadap Adik

Mummy nak puji sikit puteri Mummy nie, dia pandai sangat melayan adik ( walaupun baru 17 bulan), selalu cakap-cakap ngan Mirza, gelak-gelak tapi kekadang tue ada juga dia jolok mulut, mata adik.. mungkin niat dia baik.. yelah, dia pun kecik lagi.. Em, actually hari-hari mummy tengok Sara ni duk main ngan Mirza masa mummy drive pergi dan balik kerja, cuma tak sempat nak snap gambar.. yelah, tengah drive kan.. kang tak pasal-pasal terbabas pulak.. hari nie mummy sempat snap gambar kenangan kemesraan seorang kakak dan adik tercinta... 





Muka comot makan aiskrim
Pastu hari ni dalam sejarah, first time MIrza merasa makan aiskrim.. mana taknya, kakak dia tolong suapkan.. Sara... Sara... nak kongsi la tue... Apapun niat dia baik kan?? cuma dia tak tahu yang adik dia tue tak leh makan lagi.. huhuhuhu..

Apapun, mummy harap buah hati mummy nie akan sentiasa saling sayang menyayangi antara satu sama lain sampai bila-bila yer.. Nanti dah besar, jangan gaduh-gaduh tau.. InsyaAllah..




Friday, May 6, 2011

Lalalalala.... weekend ku..

Hari ni tak tahu nak story apa... em, dah lama tak cerita pasal anak-anak mummy... hari nie nak story sikit pasal Maisara lah..

Em, puteri mummy sorang nie, kalau nak suruh dia duduk diam ( mummy boleh la ngadap laptop tanpa gangguan ) buka jer channel 613, apalagi kalau bukan Disney Playhouse.. bagi dia tengok Mickey Mouse Clubhouse, diam la dia depan tv... rancangan yang paling dia suka Dibo the Gift Dragon... Sampai mummy pun beli CD Dibo untuk pasang dalam kereta gara-gara nak suruh dia diam...

Hari nie, sambil pegang botol susu, dia joget-joget masa lagu Mickey Mouse Clubhouse.. hehehe.. comel la pulak.. Lepas nie 'terjenera' la dia tue depan tv...


Wednesday, April 13, 2011

Jom join Nestle check mood si manja...

Mood Sara sweetheart hari nie... jom check sama-sama kat sini..


Sunday, April 3, 2011

Cuti-cuti Malaysia (part 2)

Mummy n family jalan-jalan lagi... cuti-cuti Malaysia... em, hari nie kami decide nak balik KL lalu Kuantan pulak.. memanglah lagi jauh tapi sambil jalan-jalan... tak tahu bila dah Mummy nak dapat cuti panjang nie...

Sampai Kuantan, kami berehat kat rumah mak sedara kat Kota Damansara... em, Kuantan pun ada Damansara juga...

Pastu cam lama dah tak jumpa kawan mummy yang sorang nie.. Nurul Aziyana, dia nie blogger tegar jugak.. hehehe... so , mummy pergi la terjah rumah dia jap sambil nak tengok anak dia.. (tak sempat nak tengok hari tue, tup-tup dah 5 bulan dah si Husna nie...

Pandai si Husna nie posing... maklumlah, ibunya suka mengambil gambar... Mirza  n Husna macam sama besar jer... ;p

Kak sara pun nak join ambil gambar sama... ;p





See you next time Husna.. Sorry yer Mc Na, aku terjah jer umah mung hari tue... next time nak suh mung masok plop lah.. hehehehe...


Saturday, April 2, 2011

Cuti-cuti Malaysia

Hari nie, mummy n family nak cuti-cuti Malaysia... We all nak pergi Mersing.. Hubby tempah Hotel Seri Malaysia kat Mersing, tak kena charge sebab kerja kerajaan, ni lah untungnya kalau kerja kerajaan.. hehehe..
Jauh jugak perjalanan kami... macam-macam binatang jumpa... anjing liar, monyet, musang etc... fuuuhh... dekat 4 jam juga....
Mujur ada GPS, kami ikut jer laluan tue... maklumlah, tak pernah jejakkan kaki di Mersing nie... mmmm

Dalam pukul 6 kami sampai kat hotel..




dekat jer dengan jeti untuk pergi ke Pulau Tioman.. alamak, kali nie tak ada bajet la nak gi pulau.. Takpelah, next time cuti-cuti kat pulau pulak... ;p


Malam, kami pergi makan kat medan selera ikan bakar.. gerai Brother John... em, boleh tahan jugak la masakannya..
Sara tengah tunggu mee goreng



Seperti biasa kat hotel mesti ada kolam renang kan??? apa lagi, esoknya, Sara pergi berenang pagi-pagi lagi... mummy tak sangka pulak anak mummy nie dapat berenang ( ada pelampung la).. sampai tak nak mummy atau abuya pegang.. em, boleh gi hantar belajar berenang nie...

  



Friday, April 1, 2011

Sepetang di KLCC

Sara main air lagi... Kali ni Sara mandi kat Taman KLCC... Setakat air paras dada itik, Sara pun boleh 'berenang' ler...

Sara dan Mua'z ( sepupu Sara).. Muaz tengah ajar Sara berenang...

Sara tunjuk skill


Hebat tak Sara berenang??? tercacak sampai rambut tue...

Bincang aper tue??
  Nampak macam tak ada orang kan??? sebenarnya masa sampai ramai yang duk mandi tapi pastue hujan sekejap, orang kata 'hujan kejar orang tua', semua orang naik... So, dapatla Sara n Muaz main puas-puas satu kolam... hehehehe..


Main buai kat KLCC




Aksi 'kame-kame haaaa..' Ala-ala Dragon Ball






Thursday, March 31, 2011

Mandi Kolam

Hari Rabu lepas, mummy bawa Sara mandi kolam for the first time... Ingatkan Sara takut main air kolam... tapi rupanya anak mummy nie memang sukakan air... em mandilah Sara sampai puas... 





Walaupun panas, Sara tetap tak nak naik.. adussss..


 Mirza tak boleh main air lagi yer... nanti besar sikit... ;p


Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds