Dah dua hari mummy dan kawan-kawan berkampung kat bilik mesyuarat... buat apa? Biasalah, musim-musim exam nie, terpaksalah kami bekerja keras menanda kertas exam yang berbundle-bundle.. hehehe.
Antara kebaikkanyya adalah:
1. Hanya menanda soalan yang sama sahaja.
2. Pembahagian markah yang sama rata. (Fair untuk semua student)
3. Dapat bekerjasama..
Tapi ada juga ketidakbaikkannya:
1. Bosan menanda soalan yang sama.
2. Terpaksa menanda kertas yang banyak.. (secara psikologinya, kertas banyak tapi no soalan berkurang...sebenarnya sama jer.. )
Gembira tanda 'paper'.. Gembira ke?? |
Hahaha.. apapun, thanx u all..
Hari Ahad ni kita jumpa lagi untuk penelitian terakhir ya.. see yaa..