Powered By Blogger
RSS

Thursday, March 31, 2011

Mandi Kolam

Hari Rabu lepas, mummy bawa Sara mandi kolam for the first time... Ingatkan Sara takut main air kolam... tapi rupanya anak mummy nie memang sukakan air... em mandilah Sara sampai puas... 





Walaupun panas, Sara tetap tak nak naik.. adussss..


 Mirza tak boleh main air lagi yer... nanti besar sikit... ;p


Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG



Segmen dari blog  Ben Ashaari

Tuesday, March 29, 2011

Hutan Lipur Lentang

Jom kita tengok Sara main air kat Hutan Lipur Lentang lepas cuti-cuti di Genting..


Mummy n Mirza tengok jer Sara dan Abuya main air.. Nanti Mirza dah besar, boleh main sama yer...

Monday, March 28, 2011

Kes Tak puas hati...

Bukan tak puas hati apa... hari tue, mummy n family ada pergi ke Genting Highlands, tapi kejap jer... ni kes tak puas hati, hujung minggu lepas, kami pergi sekali lagi ke Genting... kali nie kami bermalam kat sana,  dah siap-siap booking online...nak merasa duduk tempat sejuk... Mummy pun nak test Mirza tahan tak duk tempat sejuk.....Sara dah lulus ujian dah.. hehehehe...





boleh tahan anak-anak mummy dengan cuaca sejuk nie..





Sampai kat sana, ramai gler orang.. mujur dah online siap-siap bilik hotel, lagi murah dari walk-in... Kami check in kat Hotel Theme Park, Nasib kami baik dapat bilik yang menghadap Taman Tema.. dapat la tgk orang main walau sendiri takut nak main... eeee, mummy dah taubat tak nak naik solero yang tinggi tue.. ya Allah, macam tercabut jantung naik benda alah tue... biarlah, mummy dah tak nak naik lagi, tapi kalau anak-anak mummy nak main, mummy tak kisah... ;p




 view dari bilik hotel..

Pastu ingat nak naik kereta kabel turun kat Awana.. tapi orang ramai gler... beratur pun dah habis masa.. takpelah, next time lagipun hari tu dah naik kereta kabel cuma tak feel sangat sebab dah nak malam...




Dalam almari pun Sara boleh buat tempat tdo dia...





Em, next week ingat nak jalan kat Johor, last mummy pergi Johor masa kecil-kecil dulu... kat mana tempat menarik kat Johor yer???





Sunday, March 27, 2011

Ayam penyek??

'I wonder how, i wonder why', tetiba jer teringat lagu nie... Masa mummy pergi kursus hari tue, ada kawan-kawan mummy citer pasal ayam penyek, mummy diam jer, yang mummy terbayang ayam tue dipenyek-penyek.. ahaks..

Pastu masa jalan-jalan ngan hubby kat Desa Pandan, ada nampak satu restoran yang baru di buka dan ada hidangan ayam penyek.. apalagi, mummy ajak la hubby pergi makan tambahan pula dah tengahhari, kami pun, pergi lunch kat situ..



Bila ditanya kepada pelayan kedai, maka terjawabla persoalan apa itu ayam penyek.. Hahahaha... bukannya ayam tu dipenyek, tapi nama masakan Indonesia la.. Ayam yang digoreng dengan tauhu dan tempe..
em, boleh la try.. pastu ada tomyam bakar.. Apa tue???  Jom kita tgk ayam penyek dan sotong tomyam bakar, camner rupanya....

Ayam penyek

Sotong tomyam bakar... pedas giler....

Inilah hidangan tengahari kami... yummmmy...




Saturday, March 26, 2011

Alamak....

Apasal mummy nie... alamak-alamak pulak... bukan apa... semalam mummy ronda-ronda satu pasarraya nie.. ronda-ronda tue berkenan la nak beli baju untuk putera puteri mummy...

tak de hallah... mummy belikan Sara baju minnie mouse n untuk Mirza, baby kiko.. Balik rumah, ingat nak bergaya lah... tapi cuba lihat gambar kat bawah...



Nampak tak ada tag kat baju tue... mummy tak curi tau, ada resit lagi...


Alahai,  macammana la Mirza nak pakai dan macammana la jurujual tue tak perasaan n buangkan... huhuhuhu... kesian anak mummy tak dapat la nak melaram dengan baju tue lagi.... kak Sara je lah yang dapat pakai baju baru.. nampak gaya, mummy kena pergi balik la kat pasaraya tue nak suh dia buangkan benda alah nie... Adus...... Boleh jalan-jalan lagi...





Friday, March 25, 2011

CUJEN THE LEJEN GIVEAWAY.

Hari ni, mummy nak enjoy-enjoy jer sambil join contest Cujen.. jom kita baca citer lucu yer....






Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)



mummy juga nak tag
 1. Syuk Ry
 2. Mamaqari


Thursday, March 24, 2011

Bye-bye Mama...

Hari nie, tak ada benda sangat yang berlaku... Semalam bermalam di rumah pakcik kat Puchong... n hari nie kena hantar Siti Mummy n Cu Nana ke LCCT.. diaorang nak balik dah... tapi mummy n anak-anak stay kat kl lagi.. we have two more weeks to go...

Ramai betul orang kat LCCT nie... macam-macam ragam dan jenis orang dapat mummy observe kat sini... ada orang tempatan, orang asing pun tak kurang juga.. memang tersangat 'meriah'...

em, hari nie gaji masuk, esok bolehlah gi 'window shopping'.... cari baju untuk buah hati mummy nie... hari nie, mummy nak rehat dululah, agak kepenatan.. ;p

Wednesday, March 23, 2011

Sejuk ker???

Hari nie tak dapat nak tulis entri panjang-panjang coz agak kepenatan...
Apapun, hari nie mummy puas hati coz dapat bawa adik-adik dan anak-anak mummy melawat ke Genting Highlands... Biarlah naik sekejap pun, tak apa.... Okaylah tu Cu Nana n Cik Muni kan?? Naik sekejap pun jadilah... Yelah, Cu Nana first time naik Genting.. Em, Cik Ha, next time yer... huhuhuhu...

Turun, kami naik kereta kabel.. mula-mula tue agak gayat juga... tapi kurang seronok lah, coz hari dah nak malam... Sara maintain jer.. Mirza lagi lah, dari naik Genting sampai turun balik pun tidur jer kerja dia... bestlah tue sejuk-sejuk...








Tuesday, March 22, 2011

Ikan... ooo... ikan...

Hari ni, hari pertama mummy kursus kat Shah Alam.. Dari kul 8.30 - 5 petang... woi... lama betul... Sara n Mirza kena tinggal kat Damansara..) Sorry la, mummy tak dapat bawa.. nanti petang datang ambil mummy yer..)

Tak sabar rasanya nak menunggu pukul 5...
Hubby datang ambil n kami pergi ke akuarium kat tepi tasik... em, kat situ memang banyak ikan.. seronok pulak tengok ikan-ikan nie,,, kalau dah ada rumah sendiri nanti, mummy nak buat satu kolam ikan yang BEEEESAAAARRRR.. biar boleh muat banyak ikan espeacially ikan karp jepun... (berangan... harap2 tercapailah, Amin...)

Fuuuhh... kalau tengok harga ikan karp nie, mahal jugak... ratusan ringit jugak la... adus....
Pastu yang menariknya, masih ada ikan yang kami gelar 'dugong' kat citu, ingatkan dah tak ada, kali terakhir pergi pun dalam tahun 2006, hidup lagi ikan-ikan tue, siap berkerutu lagi... hahahaha... tapi tak ada tanda harga, maybe tak ada orang nak beli kut,,, 


nilah ikan yang mummy citer... saper tahu apa spesis ikan nie... (dapat ambil gambar dari atas jer...)



On d way balik, exit dari shah alam ke federal highway, mummy sempat snap gambar kereta accident.. Hari ini sahaja dah 5 kemalangan hubby mummy jumpa... Nauzubillah, minta jauh lah...








Monday, March 21, 2011

First time...

Hari nie mummy bawa satu family g kl naik flight... em, ada kursus sebanarnya sambil jalan-jalan kat kl...
entri kali nie, mummy nak citer pasal first time.. ape yer..

FIRST TIME:
*  Mummy n Sara nak gi Kuala Lumpur tahun 2011
*  Mirza Hazim keluar Kelantan.
*  Maisara n Mirza naik kapal terbang ( + first time juga buat Cu NaNa)
*  Mummy nak attend kursus kat iLQAM- UiTM Shah Alam

Mummy agak risau juga mula-mula tue takut Mirza menangis masa naik kapal terbang tapi sebaliknya Sara yang buat hal.. Maklumlah dah pukul 11++ tengah malam... dah mengantuk... Boleh dia menangis atas fligt, iskh, buat bising jer.. huhuhu... Mirza steady jer, tak bunyi suara pun sampai KL... apapun, AlHamdulillah, Kami semua selamat sampai di ibu kota...

Mari kita lihat gelagat Sara masa kat lapangan terbang Sultan Ismail, KB yang sempat mummy snap..



Perjalanan ke airport




Sara di kerusi urut sambil menunggu penerbangan


Sempat lagi Sara merangkak di airport.. nak tunjuk skill ke ape??



LUV,






Sunday, March 20, 2011

Jalan-jalan lagi.. bersama Air Asia

Em, tahun nie mummy tak jejakkan kaki lagi ke Kuala Lumpur.... hehehe... esok mummy nak gi KL, bawa Sara n Mirza.... Dapatla gi jalan-jalan lagi... Hoooray...

Anak-anak mummy sayang dapat naik flight la esok... Kami naik Air Asia...



Nanti bolehlah mummy g 'window shopping' kat



mid valley : dah lama tak pergi.. time belajar kat UM dulu, nie lah salah satu tempat 'bercinta'... hahaha..




ikea : tempat cuci mata tgk furniture n design best-best.. pastu berangan ada rumah cam gitu... ahaks..






Sogo : usha baju kat cni best gak...

Em, dapat 'window shopping' pun jadilah..


Sebenarnya mummy ada kurus kat iLQAM UiTM Shah Alam.. hehehe... Selamat berkursus kepada diriku..




Saturday, March 19, 2011

Nak kerja?? Jom intai-intai kat sini


Entri kali nie mummy nak citer pasal kerja... Time kerja, mesti rasa penat, letih, bosan n nak berhenti kerja tapiiiiiiii hakikatnya mummy lebih suka kerja dari jadi 'housewife'... Naper yer... Sejak mummy pilih 9 puluh ( 6 puluh ke 9 puluh), penat tul jadi 'housewife' nie. mummy ni baru anak dua, tue pun kecik-kecik lagi tak masuk sekolah pun lagi pun dah tak larat nak menjaga... Rasa macam tak ada masa untuk diri sendiri... Lepas kakak nangis, adik pula nak nangis... aduh.. fening-fening.... Tapi tak apa, untuk anak-anak mummy, mummy tak kisah...


Em, dalam pada tue, mummy sempat baca artikel nie.. (sesuai la untuk sapa-sapa yang nak cari kerja tue...)



HOUSEKEEPING ATTENDANT (Selangor)

February 10th, 2011 juan Posted in Kerja Swasta No Comments »
Sunway Resort Hotel & Spa’s dynamic hospitality business mix will allow you to uncover your true potential. This vibrant integrated destination boasts a collection of hotels with 1,234 guestrooms, suites, private and luxurious villas and serviced residences, complemented by versatile meeting facilities, a convention centre, a Balinese-inspired Mandara Spa, a super dance music club by London’s Ministry of Sound – Euphoria, a theme park, an upscale shopping and entertainment mall and more. Thrive in an exciting and enriching work environment that embraces innovation and pushes the pace of change. Discover the power of your potential with us.






HOUSEKEEPING ATTENDANT
(Selangor)
Responsibilities:




Maintain the cleanliness of the entire Villas and it’s surrounding area.
Ensure that the Villas are equiped with the respective amenities and the room facilities and fixtures in good working condition.
Maintain the cleanliness of the maids’ trolley, pantry, lines storage and back of house/service areas.
Requirements:




Preferably candidate with a SPM qualification or hospitality courses.
No prior experience is required for this role as training will be provided.
Candidate should be able to interact and speak well in english both verbal and wriitten besides being able to present information accurately to the guest.
Successful candidates will receive an attractive salary, good service points and a comprehensive benefits package. Apply on-line by furnishing a detailed resume stating your personal particulars, qualification, experience, employment history, current and expected salary.


To find out more about the Sunway Hotels & Resorts, visit www.sunwayhotels.com
AddThis Social Bookmark Button







































Banyak lg jawatan kosong di  http://www.jawatankosongbaru.com/ 


Pesan mummy, jangan memilih kerja, biar gaji rendah asalkan HALAL... baru BERKAT..


Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds