Powered By Blogger
RSS

Thursday, September 29, 2011

Salam Takziah dari Mummy..

Ini berita yang mummy terima..


Pelajar UiTM mati lemas

MACHANG - Hasrat 13 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini, berkelah di Jeram Linang, tengah hari semalam berakhir tragedi apabila seorang rakan mereka mati lemas.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, mangsa, Noor Hasnizawati Othman, 18, berasal dari Taman Puteri Lindungan, Ipoh, lemas selepas terjun ke dalam jeram yang disangkanya cetek bersama seorang rakan sekelas, Nor Aina Abd. Muaz, 18.

Nor Aina berkata, kedua-dua mereka yang tidak tahu berenang saling berpaut antara satu sama lain apabila menyedari kaki mereka tidak mencecah dasar jeram tersebut selepas terjun.

Katanya, dia dan mangsa menyangka kawasan tersebut cetek memandangkan air sungai jernih dan dasarnya boleh dilihat dengan jelas dari atas.

Tambahnya, kejadian berlaku ketika dia dan mangsa serta 11 lagi rakan mereka pergi ke kawasan perkelahan tersebut dengan menggunakan van universiti berkenaan.

“Kami ke sana kira-kira jam 11 pagi selepas diajak oleh mangsa. Pada mulanya, Noor Hasnizawati merancang bersama teman-teman sebiliknya dan mengajak kami beberapa hari lalu namun kami tidak memberikan jawapan tetapi apabila dia bertanya lagi pada malam tadi ( kelmarin), kami bersetuju untuk menyertainya.

“Ketika rakan-rakan yang lain sedang mandi di kawasan yang cetek dan makan di tepi jeram ini, saya dan mangsa yang juga pelajar tahun satu Diploma Pengurusan Maklumat itu terus terjun ke dalam jeram untuk mandi, tiba-tiba kaki kami tidak sampai ke bawah.

“Dalam keadaan yang kelam kabut itu dan kedua-duanya tidak tahu berenang, saya sempat berpaut pada batu, dia menarik baju dan tudung saya tetapi terus hilang ke bawah, saya kemudian dapat naik ke atas dan meminta bantuan daripada orang ramai,” katanya.

Seorang rakan yang turut serta, Anis Syahidah Khir - Al- Anwar, 18 berkata, mangsa berjaya dikeluarkan oleh beberapa pengunjung di kawasan tersebut yang terjun ke dalam jeram itu selepas 10 minit mangsa tenggelam.

Katanya, salah seorang daripada rakannya daripada UiTM memberi bantuan pernafasan sebelum membawa mangsa ke Hospital Machang.

“Selepas diberikan bantuan pernafasan, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan dan salah seorang daripada kami membawanya ke hospital. Ketika sampai di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia. Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan malah ceria seperti biasa dan begitu gembira untuk ke sana,’’ katanya yang sedang menduduki peperiksaan semester yang dijangka berakhir 1 Oktober ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Malik Bedot ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa telah dibedah siasat dan jenazahnya akan di bawah pulang ke kampung oleh keluarganya,” katanya.





Minta2 lepas ni kalau siapa2 bercadang nak pergi mandi air terjun, pastikan kawasan itu selamat untuk mandi ya... Keselamatan diri lagi penting.. Mummy pun suka mandi air terjun..

Satu lagi yang Mummy nak bagi info adalah kejadian 'kepala air' yang pernah berlaku kat Ulu Bendul kalau tak silap mummy bulan May lepas.. Tapi sebelum kejadian ini berlaku, ada beberapa tanda yang kita boleh lihat..

Harap info yang mummy berikan dapat membantu sesama kita..




KEPALA AIR


Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.


Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

Langkah keselamatan
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu, Air Terjun Lata Tembakah).

Papan tanda amaran di Air Terjun Lata Tembakah

Fenomena 'Kepala Air'

Kepada semua yang ingin berekreasi samada di kawasan air terjun, air laut, taman tema air atau sebagainya, mummy harap semua jaga diri dan berhati2..' ingatlah, malang tidak berbau'.





Hana Maisara Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Mirza Hazim Mohd Hanif

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Happy Forever

Banner Kengkawan

'Create
Create your own banner at mybannermaker.com!

Take a look... Juz a Moment

Free SpongeBob Blink MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1mymummyluv.blogspot.com/138.01 KB0.98 seconds0.01 seconds