Hari ni mummy nak kongsi sikit.. Tadi masa tengah pakaikan baju Mirza n Sara, sempatlah buka TV9, tengok Nasi Lemak Kopi O, segmen teknologi...
Ada tips yang dia kasi untuk menghalau tikus.. pengacara tue cakap, orang tua-tua tak bagi kita sebut panggil 'tikus' tapi dengan nama 'cik T', reason dia, kalau panggil tikus, nanti tikus tue datang, tak tahulah signifikannya kat mana... tapi mummy pun diajar untuk panggil cenggitu..
Pastu dalam segmen teknologi tue, ada la dia tunjuk alat yang lebih kurang alat penghalau nyamuk. kita plug in je dekat plug elektrik dan ia akan mengeluarkan frekuensi 20000 hz yang dapat menghalau tikus, labah-labah, lipas mahupun semut... dan ia tidak membahayakan pendengaran manusia...menarik kan?? boleh la cuba... boleh check kat kedai 1Malaysia nama dia..
em, bagus juga teknologi nie, mummy paling suka bab boleh halau lipas n semut... kalau semut 'mayat' tue, masyaAllah, geram betul, dah la kecil, busuk pulak tue, ada jer kat mana-mana...